Rabu, 16 November 2011

Kad Kredit Yang Membebankan

Bank Negara baru sahaja menguatkuasakan had kredit kad kepada maksimum 2 kad setiap pengguna.Ini berikutan rakyat Malaysia mempunyai hutang sebanyak 24.4 bilion.Walaupun bank-bank telah menurunkan sedikit kadar faedah namun masih belum cukup meringankan beban pengguna.

Saya ingin mencadangkan agar kerajaan membenarkan pengguna kad kredit menggunakan simpanan kwsp dari akaun 2 untuk membayar hutang kad kredit.Selama ini akaun 2 kwsp hanya dibenarkan keluar untuk membayar hutang PTPTN dan bayaran jual beli rumah sahaja.

KWSP adalah simpanan untuk masa depan dan hari tua.Tiada gunanya simpanan untuk masa depan jika sekarang pelabur KWSP berdepan dengan kemelut hutang tertunggak kad kredit yang melampau.Tidak musatahil juga mungkin ada yang muflis atau berdepan dengan kemungkinan untuk muflis.Jika ini berlaku pencarum tidak layak untuk memohon sebarang pinjaman untuk menyelesaikan hutang kad kredit mereka dan mereka juga tidak boleh memohon pekerjaan di bank-bank atau di jabatan kerajaan.

Saya harap pihak yang berkenaan dapat menimbangkan cadangan yang dikemukan tadi.

Zura Burhan
Perunding Kewangan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.