Rabu, 28 Disember 2011
Apa salahnya guru semenanjung di Sarawak?
Guru bukan rakyat tempatan mesti di kurangkan dengan secepat mungkin. Guru Semananjung tidak sesuai untuk Sarawak oleh kerana budaya mereka lebih memberi tumpuan tentang kepentingan diri sendiri.
Kesatuan Guru Sarawak (STU) berharap se-kurang-kurangnya 70 peratus guru yang mengajar di negeri ini adalah rakyat tempatan dalam tempoh terdekat ini.
Presidennya William Ghani Bina percaya jika 70 peratus guru yang mengajar di negeri ini adalah orang tempatan beberapa masalah membabitkan guru dan masyarakat setempat dapat diatasi.
Guru yang berasal dari Sarawak ditempatkan di Sarawak
“Jika guru yang berasal dari Sarawak ditempatkan di Sarawak masalah komunikasi antara guru dan penduduk tempatan tidak akan wujud kerana kelebihannya ialah guru daripada rakyat Sarawak sendiri lebih memahami situasi, budaya dan cara hidup penduduk di sini.
“Ini sudah tentu akan memberi manfaat kepada semua pihak iaitu guru, ibu bapa dan pelajar, “ katanya kepada Utusan Borneo, semalam.
Selain itu katanya kos penghantaran dan penempatan guru dapat dikurangkan berbanding menghantar guru dari Semenanjung Malaysia mengajar di Sarawak mahupun Sabah.
Pada masa sama katanya, masalah gangguan emosi dialami guru khasnya yang tinggal berjauhan dari keluarga dapat diatasi.
“Masalah ini sememangnya kelihatan remeh tetapi hakikatnya ia boleh menjejaskan tumpuan guru mengajar, yang mendapat tempiasnya, pelajar,” ujarnya.
Guru tempatan boleh memberi motivasi kepada penduduk tempatan
William juga berpendapat menempatan guru di negeri kelahiran sendiri dan dalam konteks Sarawak katanya ia secara tidak langsung memberi motivasi kepada penduduk tempatan tentang pentingnya pendidikan dalam mengubah taraf hidup seseorang.
“Apabila melihat anak tempatan menjadi guru, ibu bapa khasnya yang tinggal di pedalaman akan sedar kepen-tingan pendidikan dalam mengubah taraf hidup mereka,” tambahnya.
Hanya 50% peratus guru adalah rakyat tempatan
Menurutnya ketika ini kira-kira 50 peratus guru yang mengajar di negeri ini adalah di kalangan rakyat tempatan selebihnya dari Sabah dan Semenanjung Malaysia.
William berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan kementerian sedang mengusahakan supaya guru atau bakal guru yang berasal dari Sabah dan Sara-wak ditempatkan di negeri asal masing-masing.
Muhyiddin berjanji – (betul atau tidak?)
Muhyiddin berkata proses itu sudah pun dimulakan berdasarkan permintaan daripada kedua-dua negeri itu.
Bagaimanapun katanya, ia akan mengambil masa dan dijalankan secara berperingkat.
Bernama memetik Muhyiddin sebagai berkata: “Sebagaimana disuarakan Sabah dan Sarawak (kerajaan negeri) minta guru (dari negeri tersebut) dihantar balik supaya budak lebih faham.
“Tapi ini akan mengambil masa, kerana kita tidak boleh terus tukar guru dari Semenanjung balik ke Semenanjung dan hantar (kembali) guru Sabah dan Sarawak), kadang-kadang bilangan guru pun tak mencukupi.”
TM NOTE;
Kenyataan Presiden Guru Sarawak William Ghani Bina ketinggalan zaman. Apakah dia lupa sejak awal tahun 70an kerajaan telah menghantar ramai guru-guru dari semenanjung untuk menampung kekurangan guru yang amat ketara di sana.
1963 Sarawak, Sabah dan Singapore menyertai Malaysia , kerajaan telah membina banyak sekolah-sekolah rendah dan menengah terutama diluar bandar. Sarawak ketikan itu bergantung kepada beberapa buah maktab perguruan seperti Maktab Perguruan Sibu, Rajang dan Batu Lintang.
Pun begitu ramai dari kalangan guru-guru pelatih datangnya dari semenanjung. Mereka bersama-sama dengan anak-anak tempatan kemudianya masuk ke pedalaman Sarawak untuk mengajar anak-anak peribumi Iban, Bidayuh, Kayan, Penan dan sebagainya.
Sebahagian besar guru-guru dibawa masuk dari maktab-maktab di semenanjung dengan mereka wajib bertugas di sana selama 5 tahun, ini termasuk di Sabah juga.
Bukan semua guru semenanjung suka ke sana tetapi kerana tugas dan perjanjian maka mereka terpaksa ke sana sama ada suka atau tidak.
Cukup tempoh 5 tahun mereka akan balik ke negeri masing-masing. Bagaimanapun terdapat sebahagian dari mereka yang menetap terus di Sarawak kerana berkahwin dengan orang sana termasuk, ada juga guru semenanjung yang berkahwin dengan gadis Iban, Kelabit, Bidayuh, Melanau dan sebagainya. Ini sesuatu yang sangat baik.!
Hari ini mereka diberi tambang percuma sekeluarga untuk balik bercuti di kampung halaman setahun sekali dan kos penerbangan seisi sekeluarga ditanggung oleh kerajaan persekutuan.
Ini bukan bermakna untuk guru-guru semananjung yang mengajar di Sarawak dan Sabah sahaja tetapi termasuk juga guru-guru yang berasal dari Sarawak dan mengajar di Semanjung. Nak apa lagi, apa yang tak puas hati?
Satu ketika dahulu guru-guru dari semenanjung dinafikan hak mereka untuk kenaikan pangkat kononnya kenaikan pangkat hanyalah untuk anak tempatan sahaja. Bagaimanapun setelah campur tangan pihak persekutan hari ini sudah ada guru-guru yang dibenarkan untuk naik pangkat ke jawatan hakiki.
Apakah dengan kehadiran guru dari semenanjung memberi satu ancaman besar kepada guru dari Sarawak? Adakah kehadiran mereka telah menutup periuk nasi guru atau bakal guru dari Sarawak?
Kesemua alasan yang diberikan oleh William Ghani Bana tidak masuk akal dan perlu di tolak