Ahad, 8 Januari 2012

Bila Hasan Ali dipecat

2 Spetember 1998 Dato Sri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno kerana salah laku seks luar tabie dan skandel seks dengan 26 wanita.

Sebaik sahaja dipecat, Anwar bagaikan gajah turun minyak lalu mengamuk satu Malaya.

Banyak harta benda awam rosak akibat amukan penyokong Pas, bekas parti Semangat 46 dan puak-puak rebellion

Akibat daripada itu, tertubuhlah parti PKR yang mana ahlinya adalah terdiri dari pengikut setia Anwar dan bekas ahli S46 yang kehilangan tuan akibat parti dibubarkan .

Yang pelik bin ajaib ialah pendirian Pas terhadap Anwar selepas dipecat. Pas yang sebelum itu mengutuk Anwar dalam isu liwat telah undur gear gostan dan menyokong Anwar kembali.

Tujuan Pas menyokong Anwar hanyalah untuk menghuru harakan keadaan dan mengambil kesempatan untuk menumbangkan BN.

Hari ini 8 Januari 2012, YB Dato Dr Hassan Ali pula dipecat bukan kerana salah laku seks seperti Anwar tetapi dipecat kerana kenyataan beliau yang tidak menyokong gerakan bebaskan Anwar 901 dan tindakan Hasan dalam isu DUMC serta serbuan tahun baru di hotel murah dan premis arak.

Tak kala pemimpin Pas yang lain bergembira merayakan sambutan tahun baru di dataran kemerdekaan Shah Alam bersama Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak, Dr Hasan menunaikan tanggungjawab beliau mencegah maksiat di sekitar bandar utama Selangor.

Persoalan hari ini ialah, apakah pengikut Pas akan menentang kepimpinan Pas kerana memecat Hasan Ali seperti yang mereka lakukan terhadap Anwar?

Rasanya senario kali ini berbeza dengan isu Anwar. Pas kini Pas sekular yang menyokong Dap Komunis dan Anwar Plurality. Pas menolak Islam, Pas yang menyambut Tahun baru masehi 2012 dengan petikan gitar oleh 'ustaz' Azhar Idrus

Bersambung/......