Ahad, 8 Januari 2012

Demonstrasi di Masjid Daerah Taiping

Pas Perak memberontak kerana Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah mengeluarkan pekeliling untuk membatalkan ceramah politik dalam kuliah subuh dan kuliah maghrib di masjid jamek Taiping.

Tindakan majlis amat dialu-alukan berikutan rugutan jemaah khairiah dan orang luar yang singgah untuk solat yang tidak bersetuju masjid dijadikan gelanggang politik terutama oleh Pas. 

Ceramah-ceramah yang disampaikan bukanlah ceramah agama tetapi lebih kepada ceramah politik. Manakala ceramah maghrib pula kerap meleret-leret sehingga melepasi waktu untuk solat Isya.

Berikutan dengan larangan tersebut maka Pas Perak telah mengadakan satu demontrasi selepas solat Jumaat 6 Januari lepas.

Tindakan Pas membuat demontrasi satu lagi tindakan kurang ajar kerana secara tak langsung telah menentang titah sultan yang mahukan masjid bebas politik.

Berikutan arahan itu Pas menyalahkan Penyelaras Masjid Daerah Taiping dan juga TM.

BERIKUT ADALAH PETIKAN DARI BLOG PAS TAIPING




Kami dari ahli pengajian membantah sekeras-kerasnya tindakan penyelaras masjid yang menggugurkan 10 orang tenaga pengajar/guru agama dari mengajar di Masjid ini.Di antara guru-guru agama tersebut adalah:


  1. Ustaz Ahmad Awang- [PAS]
  2. Ustaz Wan Tarmizi bin Abd Aziz- [PAS]
  3. Ustaz Dr Jamnul Azhar bin Mulkan- [PAS]
  4. Ustaz Jamnul Azazi Rahim bin Mulkan-[PAS]
  5. Ustaz Jamnul Aizul bin Mulkan-[PAS]
  6. Ustaz Zakaria Ahmad-[PAS]
  7. Ustaz Hamzah Awang-[PAS]
  8. Ustaz Sobri Arshad-[PAS]
  9. Ustaz Muhsin Musa-[PAS]
  10. Ustaz Ahmadan Ghazali-[PAS]


Atas alasan apa ustaz-ustaz ini digugurkan daripada mengajar? Adakah mereka ini tidak layak mengajar? Adakah mereka ini tidak ada ilmu untuk mengajar? Adakah mereka ini bukan dari kalangan ustaz-ustaz yang rapat dengan penyelaras masjid? Adakah mereka ini mengajar ilmu yang karut dan sesat? Adakah mereka ini mengajar hanya untuk bawa orang ramai masuk neraka???


Kami mahu pihak penyelaras masjid menarik balik pengguguran ustaz-ustaz ini dari mengajar.Kalau pihak AJK dan penyelaras masjid tidak mahu belajar atau malas mahu belajar sekalipun,jangan sampai menggugurkan mereka.Masih ramai lagi orang yang hendakkan ilmu daripada ustaz-ustaz ini.Biarkan ustaz-ustaz ini terus mengajar.Penyelaras masjid pun dapat pahala,kalau tindakan macam ini,DOSAlah nampaknya penyelaras dapat..


Untuk penyelaras masjid,jangan jadi macam ini:


  1. Belajar pun tak mahu
  2. Mendengar pun tak mahu
  3. Menyokong untuk ustaz mengajar pun tak mahu
  4. Akhirnya,jangan jadi jahil ilmu


Begitulah sedikit catatan yang tertulis dalam risalah yang diedarkan sewaktu demonstrasi aman yang diadakan pada jam 2 petang tadi,6 Januari 2011 usai solat jumaaat di perkarangan masjid Taiping.

Ini adalah komplot jahat yang dilakukan puak-puak yang benci melihat Islam subur di negara ini.Untuk bloggers2 pengampu,Taiping Mali dan ulama-ulama kangkung@ulama-ulama carma(cari makan)..Di manakah suara anda? Oh lupa,anda semua bukan ulama tapi UlarMak(Ular dalam semak)



Tuntutan mereka jelas,minta penyelaras masjid tarik balik keputusan yang dibuat..Jangan sekat pengajian,jangan sekat majlis ilmu..

Para Jemaah IMPORT sedang berdialog dengan salah seorang pegawai polis




Laungan penuh semangat Hidup!! Hidup!! Hidup Islam!!!





PDRM mengawal demo




Doa apa lagi!
YDP Pas Taiping, Tok Wan Unit Amal ni terpaksa tinggalkan kairiah utk sokong demo. Pak Cik Oi...Rumah saya bila nak potong rumput?

Ustaz Fakhrudin mengetuai bacaan doa, menadah tangan,memohon pertolongan Allah sambil diaminkan oleh para jemaah




Adun Kuala Kurau,YB Yunus(2 dari kanan) bersama Ketua AMK Larut,Saiful Lizam (3 dari kiri) turut hadir memberi sokongan

TM_NOTE:

PAS TELAH MELANGGAR ANEKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK PADA AKHIR 1990an DAN AWAK 2000 UNTUK MERAMPAS JAWATANKUASA MASJID.

MODUS OPERANDI MEREKA SATU MALAYSIA IALAH MENDESAK AJK MASJID MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG DAN MELANTIK AJK BARU KERANA AJK YANG ADA SUDAH TERLALU LAMA DAN TIDAK RELEVEN.

PAS TELAH BERJAYA MEMPERDAYAKAN AJK DENGAN MENGADAKAN MESYUARAT AGONG DAN MERAMPAS PENGURUSAN MASJID.

INI YANG BANYAK BERLAKU. BILA MEREKA BERKUASA MEREKA HALAU SEMUA AJK LAMA SUPAYA JANGAN PIJAK MASJID DAN MASJID MENJADI AGENDA POLITIK MEREKA.

DI KAMUNTING, SURAU DIRI JUMAAT JUGA TELAH DIRAMPAS KUASA OLEH PAS DAN APABILA MAJLIS AGAMA CAMPUR TANGAN DALAM MAKA PUAK-PUAK PAS BUAT SEPANDOK LETAK ATAS BUMBUNG SURAU. TUTUP SUIS SPEAKER APABILA ADUN KAMUNTING DATANG UNTUK SELESAIKAN MASALAH.

HARI INI MASJID KAMUNTING SUDAH ADA YANG BARU, DAN PAS TELAH MENIPU ORANG BESAR JAJAHAN DALAM SENARAI JAWATANKUASA MASJID.

INGAT !! PAS KPG EXPO PERNAH BUAT SOLAT HAJAT SUPAYA TIDAK DIDIRIKAN MASJID YANG BARU KERANA SENARAI JAWATANKUASA TAK ADA NAMA PUAK-PUAK PAS. TETAPI KERANA KELICIKAN ORANG DALAM PEJABAT AGAMA TAIPING YANG PRO PAS , AJK MASJID AKHIRNYA DIKUASAI OLEH PAS.

MUKA -MUKA YANG BUAT KACAU DI MASJID TAIPING BUKANLAH DARI KAIRIAH TAIPING TETAPI DIIMPORT DARI LUAR OLEH PAS LAKNATULLAH

3 ulasan:

  1. Politik orang Melayu yang merugikan bangsa sendiri dan anak cucu dimasa hadapan dan siapakah meraih untung dan kebaikan diatas sifat kebodohan berpolitik bangsa Melayu itu? Melayu tipu Melayu.

    BalasPadam
  2. PAS la ni bukan parti Islam. Kata qias ulama tapi mana ada ulama dalam pemimpin tertinggi PAS kecuali Hadi Awang tupun sebab tak bertanding.Nak rujuk ulama apa?,kalau ulama dok kata baris kedua parti.La ni depa dok kawal masjid bukan pasal apa,sebab mudah nak sebar dakyah.Depa lupa masjid untuk apa.betui zaman nabi masjid jadi pusat mesyuarat/pentadbiran tapi kalau ceramah dok kutuk,fitnah,hasut kan ke mcm yahudi.

    BalasPadam
  3. Setuju dgn osman jailani krn dap, mca dan gerakan akan bersatu dlm pelbagai isu libatkan kepentingan org cina terutama isu pendidikan. Mereka akan gunakan wakil rakyat bn dan bakal calon bn utk dapatkan peruntukan

    BalasPadam