Ahad, 15 Januari 2012

Lagi ahli PKR keluar parti di Ipoh



200 bekas anggota PKR dan DAP menyatakan ikrar menyokong Barisan Nasional (BN) dan sedia membantu parti itu pada PRU13.

Majlis melafazkan ikrar itu diketuai bekas Ketua Cabang PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda, yang kini menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak (Wawasan) di hadapan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak

Kini PKR Perak kembali tergugat apabila hampir setiap hari ahlinya keluar parti.

Dalam ucapannya Fauzi berkata beliau merupakan antara pengasas PKR di Perak pada 1999 dan mengambil keputusan keluar parti itu kira-kira 10 tahun lepas.

Keputusannya itu dibuat memandangkan kepincangan dan penipuan yang berlaku dalam pakatan pembangkang ekoran tiada parti teras serta perbezaan ideologi yang amat jelas, katanya.

Kaedah yang diguna pakai BN selama ini ternyata lebih berkesan dalam pengurusan politik kerana Umno diakui menjadi parti teras oleh semua parti komponen lain, katanya.

Beliau berkata ia amat berbeza dengan pakatan pembangkang PAS-DAP-PKR sehingga menyebabkan berlaku perebutan kuasa sesama mereka serta jurang perbezaan pendapat sangat luas