Ahad, 1 Januari 2012

Pakatan Rakyat umpama radio cabuk yang perlu dibuang ke laut.

Berikut adalah laporan ceramah Pas dan Pkr malam tadi.

Mereka masih ulang-ulang cerita yang dongeng dan tanpa asas.

Isu NFC dibesar-besarkan dan ditokok tambah dengan fitnah sedangkan teguran Audit Negara terhadap pengurusan kewangan di Selangor dan Kelantan ditutup dan disembunyikan.

Air percuma di Selagor adalah agenda utama tetapi ia hanya pembohongan , penghuni rumah pangsa dan pangsapuri tidak langsung mendapat air percuma.

Janji menurunkan cukai pintu 10-25 % sampai sekarang tidak dilaksanakan. Peniaga komplek PKNS dipaksa keluar dan akan digantikan dengan orang baru yang Pro PR. Mana keadilan membela rakyat?

Azmin dok canang FDI tetapi habuk pun tak ada. FDI yang masuk adalah usaha yang dibuat oleh BN yang dahulu.

Mengenai Felda pula, Nik Nazmi bongok memuji ayah Najib dan mengkritik Najib, sedangkan Felda semakin besar dan semakin kukuh asetnya dan akan disenaraikan di bursa dengan pegangan saham yang besar oleh Koperasi Felda. Nak apa lagi, sesuatu yang tidak pernah terfikir sebelum ini.

Dengan adanya Felda, Pertahanan negara dipertingkatkan . Pesawat gempur Sukhoi sepatutnya dinamakan Sawit atau Felda kerana dengan jasa Feldalah kita dapat membeli pesawat gempur tersebut.

Hari ini anak-anak Felda merupakan jutawan yang banyak duduk di kerusi CEO.

Hanya Pas dan Pkr saja buta perut dan buta hati kerana menafikan kejayaan Felda.

Bantuan BR1M dikeji dan dipertikaikan tetapi bantuan RM 100 duit judi kuda dipuji dan dihalalkan.

Dr Hasan Ali menempelak Pas kerana berhajat untuk menawan Putrajaya dengan bantuan setan Dap dan setan PKR.

Jika menang, agama Islam, Ketuan Melayu dan sistem beraja di hapuskan seperti negara jiran. Apakah yang ini dimahukan Pas? Mana perjuangan Islamnya jika hudud ditolak oleh Pkr dan Dap?

Baca laporan ceramah di bawah;

Ceramah PAS pada 31 DIS 2011 antara 2140 - 2330hrs di Markas PAS FELDA. Keratong 4. Penceramah :
(a) NAZRI B AHMAD
Ketua DPP Kawasan ROMPIN
(b) YB NIK NAZMI B NIK AHMAD
ADUN SERI SETIA, SELANGOR
Kehadiran : 120 orang

Ucapan NAZRI B AHMAD :
(a) Berharap tahun 2012 berlaku sebuah kerajaan yang adil dan berkebajikan
(b) Kini seorang demi seorang pemimpin UMNO didedahkan terlibat dalam salah guna kuasa dan penyelewengan
(c) Mempertikaikan Dato seri KHIR B TOYO hanya dikenakan hukuman yang tidak setimpal walaupun terlibat dalam kes rasuah.

Ucapan YB NIK NAZMI B NIK AHMAD :
(a) FELDA hari ini berbeza dengan FELDA zaman Tun RAZAK kerana tidak menjaga kepentingan peneroka
(b) Banyak penyelewengan berlaku dalam projek NFC yang di kendalikan oleh suami kepada Dato Seri SHAHRIZAT JALIL
(c)Di MALAYSIA hukuman tidak diberi secara adil dimana menteri lain dan rakyat lain hukumannya
(d) UMNO telah merosakkan institusi -institusi yang berada di MALAYSIA
(e) Negeri yang diperintah BN merupakan negeri miskin di MALAYSIA seperti SABAH, SARAWAK dan TERENGGANU walaupun mempunyai hasil minyak dan sebagainya
(f) Negeri diperintah PR mendapat pelbagai kemudahan seperti air percuma, bantuan kepada SAR, baucer warga emas dan miskin untuk membeli belah, kenaikan gaji guru KAFA dan sebagainya
(g) Kini UMNO sedang kalut dan takut kerana semakin ramai menyokong PR
(h) UMNO menggunakan isu kaum sebagai strategi mengembalikan sokongan rakyat kepada BN
(i) Terdapat banyak keraguan fakta wujud dalam perbicaraan kes liwat DSAI
(j) Berharap rakyat memberikan sokongan kepada PR bagi memastikan dapat menawan Putrajaya pada PRU akan datang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.