Masa yang sukar buat pakatan
.
1. Krisis dalaman Pakatan Pembangkang menyukarkan usaha menakluki Putrajaya pada PRU13 nanti.
2. Walaupun Ketua Pembangkang begitu yakin menakluki Kerajaan Persekutuan, sehingga sanggup 'diludahi', pemimpin dan ahli-ahli pembangkang berpendapat sebaliknya.
3. Rakyat sudah jelak dengan kes-kes liwat Anwar sejak 1998 yang tidak berkesudahan.
4. Selain itu, isu dalaman PAS dan DAP semakin meruncing!
5. PAS dengan isu Dr Hassan Ali manakala DAP pula, Karpal berbalas bedilan secara terbuka di media dengan P.Ramasamy.
6. Di Perak pula, M Kumasegaran dan para pemimpin negeri mengugut untuk letakkan jawatan.
7. Di KL, ramai pemimpin PAS akan bertanding atas tiket BEBAS kerana PAS dilihat memanjakan DAP.
8. Di Selangor, puluh ribuan ahli PAS berdiri teguh di belakang Dr Hassan Ali bersiap untuk keluar parti.
9. Difahamkan PAS hari ini bertahan kerana ahlinya sayangkan Nik Aziz yang kian uzur di samping mengharapkan tertubuhnya negara Islam hakiki yang mengamalkan hudud.
10. Ini tulisan dan pandangan akhbar Pembangkag, Mingguan Siasah untuk 6-12 Jan 2012 ... Feriz omar
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.