Malam ini TM akan berbicara tentang NGO Melayu yang tidak berdaya maju. Biasanya di mana-mana bandar dan pekan kita lihat banyak nama-nama persatuan terpampang di atas dinding bangunan. Persatuan peniaga cermin, persatuan penjual sayur, persatuan pengusaha bas sekolah dan bermacam-macam lagi. Itu di bawah kategori persatuan dalam perniagaan.
Persatuan sosial pun sama. Pelbagai nama kelab dan ada yang memiliki bangunan sendiri dan aset-aset lain yang mampu menjana pendapatan kelab.
TM memuji sikap profesional terutama kaum Cina yang dapat mengekalkan persatuan mereka untuk puluhan tahun. Sikap beginilah yang diterapkan oleh kaum Cina ke dalam agenda politik. Jika taico kata kita kena sokong BN maka kita akan lihat BN menang besar dan hampir semua kerusi DAP kalah teruk. Karpal Singh dan Lim Kit Siang nasib mereka ditentukan oleh persatuan-persatuan. Di Pulau Pinang mereka pernah kalah di kerusi negeri tetapi menang di kerusi parlimen.
Kerajaan sentiasa menggalak rakyat menubuhkan NGO dan setiap tahun kerajaan telah menghulur kan bantuan yang cukup besar untuk membolehkan NGO membuat aktiviti mereka.
Hari ini kebanyakan NGO yang menerima peruntukan daripada kerajaan adalah dari NGO bukan milik Melayu.
Pemuda-pemuda India dilihat sudah bijak dalam perkara ini. mereka sudah banyak menubuhkan persatuan dan kelab dan jumlahnya keahliannya tidak lah ramai sampai beratus orang. Semuanya mendapat peruntukan dari kementerian terutama Kementerian Beliau dan Sukan.
Orang Melayu memang tak reti berNGO. Selalunya NGO Melayu tidak kekal lama, ada yang tubuh dan mampus dalam tempoh yang singkat. Puncanya kerana orang Melayu suka berebut jawatan dan kuasa. Bila dapat tak reti buat kerja dan akhirnya NGO bungkus tanpa kubur.
Nak tubuh NGO persatuan atau kelab tak lah susah mana, cukup 7 orang boleh buat mesyuarat dan siapkan perlembagaan dan hantar kepada pendaftar pertubuhan ( ROS) dan tunggu sahaja kelulusannya. Biasanya tak sampai 2 bulan kalau semua nya baik dan tiada pembetulan terutama dalam undang-undang pertubuhan tersebut.
Biasanya apabila NGO mula diurus dengan baik dan membuat dana yang banyak hasil penat lelah AJK maka akan wujud satu usaha oleh ahli untuk mengambil alih pentadbiran pengurusan. Mereka ini dalam mesyuarat Agung adalah yang lantang bersuara dan mengkritik. Maka mereka diangkat oleh pengikut mereka untuk menguasai NGO.
Akan tetapi biasanya orang yang pandai mengkritik dan bercakap, tidak pandai membuat kerja, maka laporan mesyuarat tidak dibuat, wang yang ada di pergunakan sesuka hati, Kalau Ngo tersebut ada kedai barang atau kedai minyak , mereka akan angkut semua free dan bubuh minyak kereta mereka free, penyelewengan mula berlaku, kerani dan budak pejabat pun mampu pakai kereta besar dan hidup mewah.
Ini lah Melayu.
Dalam apa-apa NGO pun sama, tikam menikam, buruk memburuk menjadi perkara biasa. TM berani bercakap kerana banyak terlibat dengan NGO sejak remaja lagi. Bagaimana pun Allah maha mengetahui, ramai yang buat kerja tak betul dalam mana-mana NGO Allah tarik balik nikmat hidup, ada saja musibah yang menimpa diri mereka dan keluarga mereka. Ini kerana tidak amanah atau lebih mudah pecah amanah dalam memikul tanggung jawab.
Now nak beralih topik kepada NGO yang ada kaitan dengan dunia politik. NGO yang menyokong dan membantu kerajaan.
Kita biasa dengar nama-nama seperti ini. Gempita, BUM, Blog House, MyKMU, BPN, Kelab Sahabat Bina Negara, UMB dan lain-lain. Ada yang berdaftar dengan ROS dan mungkin ada yang masih belum berdaftar. Mendaftar ini wajib. jika tidak ia merupakan satu kesalahan dari sudut perundangan. Hindraf adalah pertubuhan haram dan mungkin pendaftaran mereka juga ditolak kerana sifat-sifat ekstrem mereka.
Kebanyakan pertubuhan diatas adalah mempunyai ahli yang terhad, oleh itu tidak hairan akan datang akan wujud lagi NGO baru yang lain yang mewakili komuniti yang lain pula.
TM juga tidak terlepas dari mewujudkan sebuah NGO yang bernama 1Agenda Media Sosial. Kami bermula dengan 7 orang selepas berbincang panjang dalam BBM. Setelah beberapa sesi perbincangan maka terbentuk lah sebuah NGO yang lebih kepada pengamal media sosial twitter dan facebook. ini berbeza dengan NGO lain yang lebih kepada penulisan blog politik.
1 Agenda juga tidak bercadang untuk membuka keahlian kepada jumlah yang besar. cukup lah untuk satu komuniti kecil dan kelulusan dari ROS juga masih baru dan kami masih bertaraf penaja.belum ada AGM lagi. Mungkin sehari dua lagi ROS akan menghantar peringatan supaya dibuat AGM sebelum berakhir bulan Mac dan laporan perlu dihantar dalam tempoh 60 hari.
Hari ini kami bergerak dengan duit sendiri dan berharap kerajaan melalui kementerian tertentu dapat menyalurkan bantuan untuk kami menjalankan aktiviti kami. No problem selalu nya permohonan akan ditutup pada akhir April setiap tahun.
TM berharap 1 Agenda akan menjadi sebuah NGO yang dihormati satu hari nanti dan kami tidak rela ada pihak lain yang cuba meruntuhkan atau merosakkan NGO ini samada dari dalam atau dari luar. dan lagi, kami tidak rela melihat 1Agenda menjadi lagenda.
TM kecewa kerana Gempita yang cukup berjaya 2009 tiba-tiba mati tanpa kubur. begitu juga BPN masih wujud atau sudah lenyap? Begitu juga dengan BUM dan lain-lain.
Harapan TM ialah agar sama-sama kita menjaga nama baik NGO yang kita tubuh agar kekal sampai bila-bila. Yang penting jangan ada cilok mencilok.......(pinjam ayat Asha Satria)