Ahad, 12 Februari 2012

UMNO GESA RAKYAT TOLAK RASUAH POLITIK PEMIMPIN PAS, PKR DAP

Kebajikan? Pas hanya tahu kutip duit rakyat untuk kesenangan hidup pemimpin mereka

Pemimpin kaya pakai BMW dan Camry rakyat miskin papa kedana

Janji macam-macam tetapi kutip duit rakyat



IPOH, Umno Perak melihat kempen terdesak pihak Pas untuk memenangi hati rakyat dengan belbagai janji “kosong” apabila mereka diberi mandat sekali lagi dalam PRU 13 ini bahawa mereka akan membela nasib rakyat adalah omongan kosong dan gimik politik murahan semata-mata.

Pengerusi Umno Perak yakin bahawa rakyat tidak mudah termakan dengan janji “kosong” itu kerana jelas bahawa rekod Pas dulu, kini dan selama ini sememangnya banyak dasarnya menyusahkan dan membawa beban kepada rakyat dan Negara ditambah dengan gejala rasuah yang melanda pemimpin mereka.

Memetik ucapan beliau “ Pas sebenarnya memang juara dalam hal merampas tanah rakyat, rasuah, penyelewengan, skandal akhlak, moral serta membawa kerosakan kepada sistem kehakiman”

“ Buktinya lihat sahaja bagaimana Pas menuduh Umno merampas kerajaan Perak dengan cara zalim dan tidak demokratik sebelum ini “

Justeru Umno Perak mengharapkan agar rakyat perlu sedar bahawa Pas akan berbuat apa sahaja untuk mengemis simpati rakyat dan menggunakan pelbagai isu sensitif untuk terus mengekalkan kekuasaan mereka selepas PRU 13 ini.

Sebelum ini pemimpin-pemimpin politik Pas, Pkr dan Dap angkuh dan sombong untuk mendengar suara dan rintihan rakyat malahan suara rakyat bawahan tidak langsung didengari, tegasnya

Kini, rakyat sedar dan mengetahui akan kepalsuan politik Pas dan Pakatan yang sekadar berjuang untuk wang dan kepentingan diri yang sempit, ditambah dengan kekalahan teruk parti itu dalam sejarah pilihan raya kecil di Malaysia.

Umno Perak yakin rakyat tidak mudah untuk terus ditipu dan dibohongi oleh Pas Munafik yang sarat dengan budaya rasuah, penyelewengan wang rakyat dan skandal yang menjijikkan, tegasnya.