Khamis, 1 Mac 2012

MAS rugi RM 2.5 Billion

Dalam Yahoo news Malaysia pagi ini melaporkan bahawa Mas rugi besar , berita yang dipaparkan oleh enjin pencari yahoo Malaysia mengambil berita yang ditulis oleh Lee Wei Lian dari Malaysian Insiders.

Pada 23 Ogos 2011 Malaysian Insiders sekali lagi melaporkan dalam ruang bahasa melayu bahawa Mas rugi RM257 juta dalam suku kedua tahun.

Berita Semasa pula melaporkan MAS Rugi RM478 Juta Suku Ketiga, Kerugian Bersih Terkumpul MAS Sebanyak RM1.2 Bilion?

YB Dato Mahfuz Omar FDI dan YB Salahhudin Ayub pula dalam youtube dan Harakah melaporkan MAS rugi RM 8 Bilion dan mencadangkan keistimewaan Mas di tarik balik.

Radzi dari Malaysia kini juga mempersoal kan mengapa diwujudkan kerusi business class untuk penerbangan domestik dan Malaysia kini dengan penuh sinis mencadangkan supaya Mas diserahkan kepada Mawi  Juara AF untuk menguruskannya.

Manakala blogger haprak Pas pula (Maidoali) menuduh Umno gagal tadbir Mas. [ Ini satu kenyataan bodoh dari blogger Pas. Tuduhan melulu , mana pernah Umno diberi hak untuk menguruskan Mas] .

Manakala Kesatuan Pekerja Mas lebih realistik dalam mempertahan kan Mas, bagi mereka Mas berbeza dengan syarikat tambang murah dan kerugian bukan sahaja pada Mas tetapi dirasai oleh 50 syarikat lain di dunia yang bukan dari jenis tambang murah.

Kebanyakan media-media picisan atau penulis blog persendirian pula menyatakan Mas rugi, Air Asia dan Tony Fernandes untung. Blogger Apa ada menyebut Tony untung 17 % dan Mas rugi 13%.

TM adalah pengguna Mas, dan hanya menggunakan Air Asia jika terpaksa atau bila dapat tiket free.  Kalau saja-saja nak tempah Air Asia minta maaf lah. Ianya kerana terdapat banyak bayaran tersembunyi dalam Air Asia. Mungkin mereka yang tidak pernah terbang dengan Mas akan selesa dengan Air Asia.

Salah satu kerugian Mas ialah kerana jabatan-jabatan kerajaan sudah beralih kepada Air Asia, ini sepatutnya tidak terjadi. Kerajaan sebagai pemegang saham terbesar dalam Mas tetapi tidak menggunakan perkhidmatan Mas sebaliknya memilih Air Asia dengan tiket waran ( warrant ticket) Siapa dalang yang mengarahkan semua jabatan kerajaan menggunakan Air Asia? Mungkin ramai yang tahu siapa dalangnya.

Pada zaman  Tan Sri Abdul Aziz Abd Rahman menjadi Pengerusi Mas dahulu, penumpang Mas dilayan seperti anak raja, tetapi apabila Tan Sri Tajudin Ramli mengambil alih pengurusan Mas, syarikat itu memulakan langkah berjimat dengan memotong beberapa perbelajaan tidak perlu. Penerbangan Ipoh ke KL tidak lagi dihidangkan kek dan kopi, memadai secawan jus orange atau mangga. sudu dan garpu jenama Noritake juga digantikan dengan sudu plastik yang murah. Pada peringkat permulaan, Mas kelihatan kembali membuat untung tetapi ia tidak bertahan lama.

Tajudin Ramli menjadi CEO paling kontroversi dalam Mas dan sampai hari ini masih panas isu beliau dengan Mas yang pernah dikuasainya.

Tan Sri Aziz juga yang selamat dan tidak pernah menjadi buah mulut rakyat Malaysia apabila menyentuh bab kerugian Mas. Cuma akhir-akhir ini sahaja Tan Sri Aziz disindir oleh mereka yang tahu apa yang dia buat semasa menjadi pengerusi Mas dan berani menempelaknya. TM tak payah tulis lah di sini nanti kena saman RM10 juta pula.

Tan Sri Aziz kini nak jadi hero untuk menyelamat kan Kuala Lumpur daripada perancangan kerajaan dalam Greater KL 2020 . Entah apa helah Tan Sri Aziz berselindung di sebalik badan bertindak tersebut hanya dia sahaja yang tahu. Tan Sri Aziz dalam diam dan senyap cukup licik dalam menguruskan Mas.

Akhir kata dari TM ialah lebih baik kerajaan menyerahkan sahaja pengurusan Mas kepada Rafizi Ramli dan Mak Lampir untuk menguruskan syarikat tersebut. Kerajaan perlu lah buat MOU yang baik yang menguntungkan Rafizi Ramli, Pkr, Pas dan Dap dan kerajaan.

Rafizi adalah pemegang ijazah kelas dua rendah dalam bidang kejuruteraan elektrik dan dilihat mampu untuk melonjakkan keuntungan kepada Mas seperti mana beliau membuat lonjakan dalam ekonomi negara melalui buku jingay...opps silap...Buku Jingga.