Jumaat, 2 Mac 2012
NGO Islam khuatir penyertaan M'sia di Geneva
Uploaded by malaysiakini on Feb 29, 2012
Sekumpulan NGO Islam hari ini menyatakan kekhuatiran mereka terhadap penyertaan Malaysia dalam persidangan Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva pada Mac ini.
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata, kebimbangan itu berdasarkan lobi aktivis lesbian, gay, dwi seks dan transeksual (LGBT) supaya Malaysia tunduk kepada undang-undang dan standard antara bangsa dalam isu itu.
"Pembela mendesak pihak kerajaan Malaysia agar meneruskan bantahan terhadap usaha-usaha yang melayari hasrat untuk melaksana kan Revolusi PPB tersebut," kata Pengerusi PEMBELA Aminudin Yahya, merujuk kepada resolusi 17 Jun 2011.