Khamis, 22 Mac 2012
Pas mempertahankan Anwar di India
Harakahdaily dalam edisi Bahasa Inggeris pada 19 Mac 2012 dalam satu artikelnya, cuba memberi gambaran seolah-olah Anwar Ibrahim telah mengambil pendirian tegas sama seperti Imran Khan yang memboikot keseluruhan acara India Today Conclave 2012 (ITC 2012) yang turut melibatkan penyertaan penulis kontroversi, Salman Rushdie.
Kata penulis harakahdaily, Anwar menyertai Imran Khan menjauhkan diri dari menyertai forum ITC 2012. Bunyinya konfiden sungguh, macamlah Anwar langsung tidak menempelkan dirinya sambil senyum-senyum kambing dalam majlis ITC 2012 tu.
Mar 19: Opposition Leader Anwar Ibrahim, who was in New Delhi, became the latest Muslim leader to stay away from a weekend forum in the Indian capital due to the participation of blasphemous British-Indian writer Salman Rushdie.
Haprakdaily / 19 Mac 2012
Realitinya, wujud perbezaan nyata antara tindakan dua pemimpin politik terbabit. Si anu seorang tu macam biasa gemar bermain silat kata dan silap mata, manakala seorang lagi sejak dari awal istiqamah menjauhkan diri dari forum tersebut.
Anwar Ibrahim tetap hadir ke ITC 2012 sekalipun tentatif program tersebut mengesahkan kehadiran penulis buku The Satanic Verses, Salman Rushdie. Bukannya menjauhkan diri macam dakwaan harakahdaily.
Manakala Imran Khan, bekas pemain kriket Pakistan dan kini mengetahui parti pembangkang Tehreek-e-Insaf tegas & nekad memboikot keseluruhan acara tersebut sebagai bantahan langsung terhadap kehadiran Salman Rushdie.
Bermakna laporan dailymail.co.uk mengesahkan kehadiran Anwar Ibrahim.
Apabila lidah rasmi Pas, Harakahdaily cuba membina gambaran positif dalam minda pembacanya konon Anwar berkongsi pendirian sama seperti Imran Khan, itu tandanya ada sesuatu yang bergelodak sedang bermain dalam kepala pimpinan Pas.
Tak sukar untuk kita andaikan, Pas sebenarnya tertekan dengan penglibatan langsung Anwar bersama Salman Satanic dalam menjayakan acara ITC 2012 itu.
Tapi memandangkan pilihanraya umum pun dah dekat sangat, mahu tidak mahu hanya kaedah spin & putar belit saja yang mampu Pas lakukan sekarang, sekurang-kurangnya dengan harapan penyokong bawahannya masih lagi selesa berfikir macam katak bawah tempurung. MyKMU