Rabu, 7 Mac 2012

PDRM/ JPJ dan Masalah Rakyat.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kisah begini. saya telah menerima surat untuk di temu siasat oleh JPJ selangor. dalam surat untuk menyatakan no teksi saya telah melakukan kesalahan tersebut :
1- Memotong di garisan berkembar
2- Tidak berhenti ketika di tahan pegawai beruniform
di km 73 kl - ipoh pada 21 jan jam 5:40pm


apabila saya hadir temu siasat tersebut, saya di beritahu yang tempat kejadian adalah di kalumpang. pegawai yang melihat mengatakan dia nampak pemandu lelaki melayu beserta seorang perempuan & anak kecil berusia lingkungan 4 tahun di hadapan.


pada temu siasat pertama saya tidak dapat mengingati apa2 pada hari kejadian, tapi apa yang saya pasti iialah saya tidak pernah jejakkan kaki saya di tempat tersebut, malah kalau saya memandu, isteri saya tidak pernah duduk di hadapan. biasanya dia akan duduk belakang dengan anak perempuan(2 tahun) dan anak lelaki(3 tahun) saya akan duduk di hadapan. dengan keterangan tersebut, pegawai penyiasat meminta saya hadir untuk kali kedua minggu seterusnya.


pada temu siasat kali kedua, saya telah membawa bukti yang mana saya ada membuat posting di facebook melalui laptop di rumah pada 21 jan jam 6:43pm. tetapi pegawai tersebut tetap mengatakan yang pegawai dia yang bertugas pasti yang teksi saya telah melakukan kesalahan tersebut. bila di tanya mengenai gambar kesalahan, dia kata tak sempat amik gambar. pegawai tersebut tetap mengeluarkan saman ke atas 2 kesalahan tersebut pada saya.



Saya nak tanya pendapat sahabat semua.
Saya yakin dan ingat apa yang terjadi pada hari tersebut, cuma bukti yang saya ada hanyalah posting facebook & mak ayah saya sebagai saksi yang mengatakan saya ada di rumah kerana pada masa kejadian, isteri & anak2 saya berada di rumah mertua.


Saya ada pilihan untuk mengadap Majistret pada bulan mei, apa yang menjadi persoalan saya sekarang ialah :


1- adakah kes saya ni boleh di bicarakan ?
kalau di bicarakan, saya tak mampu nak bayar peguam tapi saya tak nak bayar saman rm600 tersebut kerana saya tidak pernah melakukan kesalahan tersebut.
2- ibu bapa saya suruh saya bayar sahaja, katanya majistret tidak akan percaya pada kata2 saya & tidak akan menyalahkan pegawai kerajaan.
tapi saya tetap tak puas hati sebab ianya bukan kesalahan saya & kalau di biarkan pasti akan ada org lain pulak di tuduh sesuka hati.
3- kalau saya berkeras untuk lawan bicara, rasa2 saya boleh menang / tidak ? boleh ke saya saman JPJ balik untuk saman fitnah?
4- adekah biro bantuan guaman benar2 dapat membantu saya ?
5- adekah patut saya adukan masalah saya pada wakil rakyat ?
6- ada sesiapa yang sudi membantu saya ??


saya benar2 buntu sekarang dan amat memerlukan bantuan & pandangan sahabat2 sekalian.


terima kasih