Jumaat, 16 Mac 2012

SIRI JELAJAH KONVENSYEN MEDIA SOSIAL !! 17 MAC 2012 DI SABAH !!




Alhamdulillah kali ini kita bertemu di Sabah..Negeri d Bawah Bayu..ianya akan berlangsung di Kota Kinabalu..d Universiti Malaysia Sabah, Sabtu ini..

Menurut Pengarah Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, Datuk Rafi Awang Kecik, ianya adalah kesinambungan dari Konvensyen yang sama yang di rasmi kan oleh Perdana Menteri Malaysia di PWTC dalam bulan November tahun lepas..

Menurut beliau kali ini di jangka seramai 1600 orang pengamal media sosial Sabah akan bersama menjayakan konvensyen ini. Peserta terdiri daripada pelajar kolej, universiti, jabatan kerajaan, NGO, badan swasta dan orang awam yang selama ini sentiasa menggunakan pelbagai medium medan sosial maya untuk berinteraksi seperti pengguna facebook, twitter, friendster, blog dan lain-lain.

Semalam berlangsung sidang media khusus untuk pelancaran program konvensyen dan Rafi Awang Kecik berbesar hati mengajak seluruh pengamal media sosial Sabah agar dapat bersama pada tarikh dan tempat seperti yang tertera di atas.

Konvensyen ini terbuka untuk semua..." ujar beliau..malah ujarnya lagi ada forum khas untuk pengamal media berinteraksi dengan panelis..dua hala komunikasi khas membincang kan "BORNEONISASI ; merungkai sejarah dan masa depan Sabah.." dan juga forum bertajuk ; "Peranan dan Tanggung jawab Media Sosial.."

Ada cenderamata istimewa untuk peserta yang hadir, malah ada cabutan bertuah berupa barangan yang menjadi gajet untuk pengamal media...datanglah..mungkin anda antara yang paling bertuah antara yang bertuah...