Selasa, 24 April 2012

KEPALA SAMA BONTOT SAMA SAHAJA BAGI AnWar-Hisham Shaari

Published on Apr 24, 2012 by roslayraffie

Ini satu perkembangan menarik.Datuk S.Nallakaruppan (kawan baik mengatur.....) beliau bukan cakap kosong dalam mendakwa Anwar Ibrahim ada skandal dengan isteri Azmin Ali,Shamsidar Taharin. Beliau menyerahkan satu pita rakaman yang dakwanya mengandongi bukti apa yang beliau cakap itu benar kepada peguamnya Datuk Seri Shafie Abdullah.

Pita video itu diserahkan di Nallakarupan."Saya sudah bagi pita video itu kepada peguam saya sebagai bukti dalam kes saman ini. Apa jua bukti yang saya ada, saya sudah beri pada peguam saya. Saya mahu mereka tayangkan video itu di mahkamah. Biar mahkamah yang putuskan," katanya.

"Saya akan berpegang teguh kepada fakta saya, saya tidak akan melarikan diri. Saya sudahpun memberi bukti kepada peguam saya. Saya kini menunggu untuk memberitahu perkara sebenar kepada mahkamah," katanya.

Pita video itu adalah sebagai bahan bukti dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar Ibrahim baru-baru ini. Nallakarupan berharap agar perbicaraan kes saman itu dipercepatkan