Ahad, 22 April 2012

Kerajaan Lanjutkan Tempoh Rayuan BR1M

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata tempoh tersebut dilanjutkan bagi membolehkan orang ramai membuat rayuan semula selepas permohonan terdahulu ditolak.

“Sejumlah 333,241 permohonan rayuan diterima dan daripada jumlah itu, sebanyak 282,605 permohonan telah diluluskan,” kata Ahmad Husni.

Beliau juga meminta pihak media memaklumkan lanjutan tempoh permohonan BR1M kepada orang ramai supaya agar mereka boleh membuat rayuan dengan kadar segera.

Katanya, tempoh rayuan itu dibuka sejak 15 Januari lalu dan sudah dilanjutkan hampir tiga bulan.

“Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memproses borang BR1M….kita telah beri tempoh waktu yang lama untuk buat rayuan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Majlis Silaturrahim dan Pusat Khidmat Bergerak Barisan Nasional (BN) di Taman Meru di Ipoh, hari ini.

Ahmad Husni menjelaskan, sehingga 17 April lalu, kerajaan telah meluluskan 4,327,818 permohonan BR1M atau bersamaan 86.1 peratus permohonan yang diterima LHDN.

“Jumlah 4,327,818 permohonan yang diluluskan itu mewakili semua golongan masyarakat,” katanya.

Pada masa yang sama, kerajaan juga telah bersetuju menetapkan tarikh sah laku baucar BR1M dilanjutkan sehingga 15 Mei ini.

Orang ramai yang ingin membuat semakan status permohonan mereka boleh menghubungi talian hotline 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang hari bekerja.sumber Perak Today