Jumaat, 4 Mei 2012

Azmin Ali saman Utusan Malaysia



Saman lah, tak payah tunggu lama-lama, Utusan sudah tentu akan bersedia berdepan di mahkamah. Jangan lupa bawa juga kes ini sebagai QAZAF di mahkamah syariah.

Dari perspektif lain pula seandainya gambar itu benar dan tulen.

Pepatah Melayu menyatakan pelanduk selalu melupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah melupakan jerat. Azmin ialah pelanduk yang telah lupa jerat.

Gambar Azmin telah didedahkan dalam satu blog pada akhir tahun lalu tetapi baru minggu lepas sahaja meletop setelah dimainkan oleh banyak blog.

Azmin Ali adalah Timbalan Presiden Pkr dan sudah tentu beliau mempunyai ramai musuh. Musuh yang paling bahaya ialah sahabat-sahabat dalam lingkungannya. Depan manis, di belakang siapa tahu.

Ia boleh jadi Khalid Ibrahim, boleh jadi Nurul Izzah dan boleh jadi rakan yang berada di belakang Azmin, (rujuk gambar di atas).  Nurul Izzah pernah berkonfrantasi dengan Azmin, ini termasuklah Wan Azizah. Nurul Izzah yang bercita-cita untuk memegang jawatan Timbalan Presiden Pkr, akhirnya memberi laluan kepada Azmin.

Hari ini, dengan wang ringgit seseorang boleh di perangkap , wanita yang bersama Azmin pun boleh dibayar untuk melayan Azmin seperti yang dilakukan oleh Barat. Ada orang mempertikai tentang warna bajunya yang berlainan. Ini bermakna ia bukan sekali dua tetapi banyak kali atau dialek Kelantan acap kali.

Apa yang didedahkan hanyalah sedikit sahaja. mungkin videonya lebih lama dan tarikhnya mungkin berbeza jika didedahkan. Azmin Ali perlu mencari siapa dalang atau godfather. Hebat kisah ini kalau dikorek-korek, dah macam cerita Al-Capone pulak dah...

 Menurut orang yang pakar dalam perfileman, gambar tersebut adalah tulen dan ia menggunakan spy kamera atau dikenali juga sebagai pin hole kamera seperti dalam filem James Bond 007.

So, Azmin jangan menggelabah, jika beliau tidak bersalah. tak payah saman-saman, pergi saja ke mana-mana balai polis yang terdekat dan buat laporan. Serahkan sahaja kepada pihak yang berwajib untuk membuat siasatan dan menangkap mereka yang membuat rakaman tersebut. Tangkap juga pelakon yang menyerupai Azmin. Mesti dia pakai baju getah agar menyerupai Azmin.

Ataupun Azmin mengaku sahaja bahawa gambar tersebut adalah gambar beliau. Gambar rakaman penyanyi Areil dari kumpulan Peter Pan pun dah tamat setelah Areil membuat pengakuan. Gambar Chua Soi Lek pun selesai....Azmin dan Anwar?
Add caption

Sebentar tadi TM membaca twitter Azmin Ali, tak jumpa pun twitt simpati dari Nurul Izzah, Khalid Ibrahim dan dalam lingkungan Azmin, yang ramai bertwitter dengan beliau ialah pengikutnya dari kalangan orang biasa.