Oleh Beruang Biru
Isu
scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum
pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk
memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti
beliau. Setelah gagal mengubah
takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri,
isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan
tempoh pemerintahan beliau.
Seperti
yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran
untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau,
Suaram dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan.
Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka. Sebagai
permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang
membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia
di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan
pembelian kapal selam tersebut. Isu
ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu,
seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai
mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.
Penyelaras
Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada
pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat
Perimekar.”
Seperti
yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak
bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dengan
apa jua cara.
Tetapi,
apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan
iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa
perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia.
Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentang kan secara terperinci. Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyi kan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing. Jika soal pertahanan dibentang kan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya.
Apa
yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan
kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084
bilion.
Dari
jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan
NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene,
pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal
selam.
Bakinya,
iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam
tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan
sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis
dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest,
Perancis.
Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.
Secara dasarnya, Perimekar bertanggung jawab menyediakan perkhidmatan berikut:
- menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.
- Menyediakan
pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapal TLDM seramai 156
orang dan 30 staf penyelenggara pangkalan di Perancis dan Sepanyol untuk
tempoh 6 tahun.
- Membayar
elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap
seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga
tahun kedua.
- Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali.
- Syarikat
ini juga bertanggung jawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam
pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program
offset.
- Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.
- Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.
- Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.
Maka,
sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut
adalah komisen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos
perkhidmatan di atas?
Hakikatnya,
bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisen tetapi bayaran untuk
perkhidmatan yang disediakan oleh Peri mekar. Ia adalah bayaran yang
telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang pelik dalam urus niaga ini.
Yang pelik hanyalah tuduhan Suaram dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali.
Kesungguhan
pihak ini untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib sehingga sanggup mengupah
penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin
(RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri
dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian
kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan. Dari cakap-cakap kedai kopi kini berbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut?
Dengan
RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya
sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya,
seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga.
Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene ini. Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang…
|