Rabu, 30 Mei 2012

Sidang Media PERKOM

MOHON SEBARAN PROGRAM TERSURAT / TERSIRAT INI - SIDANG AKHBAR : PERKOM ANJURKAN PROGRAM TRANSFORMASI GOLONGAN MISKIN DI KUALA LUMPUR MELALUI BAZAAR AMAL 1MALAYSIA PADA BULAN JULAI -OGOS 2012
1.Persatuan Kebajikan Orang-Orang Miskin Selangor & KL (PERKOM) bakal menganjurkan Bazaar Amal 1Malaysia di kesemua 4 zon di bawah penyelenggaraan DBKL pd bulan Jun-Ogos 2012.
2. Program Bazaar Amal 1Malaysia tersebut tlh mendapat sokongan & kerjasama penuh YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia & YB Datuk Dr Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran.
3. Antara program yg dirancang termasuk menyediakan tapak perniagaan, menganjurkan beberapa pertandingan untuk anak-anak miskin serta ibu-ibu tunggal.
4. Memandangkan, program ini dicadangkan menjadi acara tahunan, pihak PERKOM sdg mendapat persetujuan agar piala-piala pusingan pertandingan di atas diletakkan di bwh nama-nama seperti YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pidato), Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman (Musabaqah Ayat Lazim) dan Feriz Omar (Sajak).
5. Mengikut perancangan PERKOM, pertandingan di atas bakal dianjurkan bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Pjbt Pelajaran WP Kuala Lumpur.
6. Natijahnya, 4 pertandingan di atas bagi memupuk kemahiran asas utk merubah hidup masa depan anak-anak orang miskin yg tinggal dan bersekolah di dlm zon-zon Kuala Lumpur.
7. PERKOM juga bercadang utk memanjangkan program tersebut sehingga bulan Ramadhan 1433H bagi memperbanyakkan program kemasyarakatan dan keperihatinan terhadap orang-orang miskin seiring dgn tuntutan di bulan yg mulia.
8. Seluruh Barisan Peneraju PERKOM dgn rendah diri dan penuh takzim menjemput wakil-wakil media utk hadir Sidang Akhbar PERKOM di Dewan Persatuan Ibu Tunggal Bandar Tun Razak (BTR), Jln Seluang, Tmn Tenaga, Cheras, KL (berhampiran Perumahan Awam Seri Melaka & Pasar Besar Cheras, Bandar Tun Razak) pd Khamis, 31 Mei 2012, jam 11.00 pagi.
Sekian, terima kasih.
MOHD SOLLEH IBRAHIM
Presiden PERKOM
016-371 7140
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.