Ahad, 10 Jun 2012

7 NGO buat laporan di IPD Taiping



NGO di hadapan IPD Taiping
Pada waktu ini 7 NGO dari daerah Taiping sedang membuat laporan polis berkaitan kenyataan akhbar yang telah dibuat oleh Datuk Abdul Murad bin Khalid yang mendakwa wujudnya 20 akaun individu yang dikawal oleh Anwar Ibrahim membabitkan aset seperti saham, wang lebih RM 3 bilion berdasarkan akuan bersumpahnya.

7 NGO mahukan agar kerajaan melakukan tindakan susulan dari kenyataan akhbar tersebut merangkumi perkara-perkara seperti berikut :-

1. Berharap peguam negara membuka semula kertas siasatan berkaitan perkara di atas.

2. Satu Suruhanjaya hendaklah ditubuhkan bagi menyiasat kenyataan Dato Abdul Murad di mana wujudnya 20 akaun individu yang dikawal oleh Anwar Ibrahim membabitkan aset saham, wang lebih dari RM 3 billion berdasarkan akuan sumpah beliau.

3. Mendesak agar lembaga hasil dalam negeri (LHDN) tampil untuk membuat kenyataan berkaitan dakwaan Murad.

4. Mendesak agar suruhan jaya pencegahan rasuah (SPRM) menyiasat penyelewengan ini.

5. Mahukan agar Anwar Ibrahim dilabelkan sebagai Bapa Rasuah.

7 NGO ialah
1. JKKK Kg setia, Kg Dew
2. MAYC Bukit Gantang
3. Perkasa LMS
4. KIMMA
5. Sejati
6.Muhibbah 1 Malaysia Bkt Gantang
7. Warisan Melayu Perak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.