Malam tadi TM bermimpi berkelana di sebuah negeri bernama Antah Berantah. Di sini dalam perbualan di sebuah pondok atau hotel bertaraf 5 bintang, TM secara tak sengaja telah berjumpa dengan seorang Pak Nujum yang tersohor di negeri itu.
Lalau TM bertanya kepada Pak Nujum yang indah pakaiannya dan hebat rupanya.
Soalannya ialah bilakah pada firasat tuan hamba pilihanraya negeri Antah Berantah akan diadakan?
Maka jawab Pak Nujum;
" tuan hamba..pada firasat hamba 18.06.12 bubar parlimen..sekiranya tidak jadi, maka bulan september la..hehe ..nanti hamba tgk air dalam balang."
Kalau begitu tidak jauhlah dengan ramalan hamba, pada firasat hamba pilihanraya akan dibuat sebelum puasa atau pun selepas raya. Tetapi bukan raya tahun hadapan, hehehehe.
Selepas kami berdua tertawa tiba-tiba kami diserbu oleh wartawan bapak polisi untuk menyoal kami dengan pelbagai soalan.
Kepada sesiapa yang kelapangan Jom ke Bukit Jalil bukan untuk Euro 2012 tetapi ada karnival twitter. Macam-macam ada.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.