Jumaat, 22 Jun 2012

PEMIMPIN UMNO TURUN PADANG AWAL PAGI, PEMIMPIN PEMBANGKANG TURUN MALAM-MALAM

Akhir-akhir ini Anwar bukan main lagi rajin turun ke Taiping Perak berbanding semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri atau sebelum nya.

Sebelum jadi TPM ada lah sekali dia datang berkempen untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Umno.   Selepas menang dia turun sekali lagi dalam kempen PRK Changkat Jering akibat kematian adun.

Itu lah dua kali kehadirannya di sini, tetapi sekarang sudah berpuluh-puluh kali dia turun sejak dibebaskan dari penjara.

Cuma Anwar hanya datang bawa air liur basi sahaja dan turun malam-malam. Kenapa tak berani turun siang-siang seperti yang dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin?

Mungkin semua sedia maklum bahawa Anwar memang seorang kedekut , dia hanya pandai jaga perut dia sahaja. Kalau datang sebelah pagi, belanjanya besar. Nak kena sewa khemah, kerusi, kena sedia makan minum dan sekurang-kurangnya kena edarkan suara keadilan secara percuma,

Satu lagi, PKR di Taiping sebenarnya sudah  berkubur, ahli tiada dan yang ada hanyalah beberapa kerat sahaja yang masih bertahan sebagai ahli jawatan kuasa.

Kalau tak kerana sokongan dari Pas, siapa lah Anwar. 23 Jun ini Anwar akan turun lagi di Taman Ria, parlimen Bukit Gantang , pergi lah tengok, bukan ada pun orang Pkr. Hanya golongan lalat hijau saja yang hadir mendengar ceramah Anwar,

Golongan lalat hijau ni bukan nya cerdik sangat, orang nak jual negara pun depa sokong lagi.

Agaknya pagi-pagi Sabtu dan Ahad , Anwar dok buat apa?