Komen Abu Aqif: Alhamdulillah, Allah menjadikan program ini baik buat UFB..
Mereka sedikit sebanyak, bukan sedikit sebanyak, memang banyak pun telah menaikkan lagi nama UFB. Dengan posisi UFB di tengah² menjadikan UFB sebagai "center of attraction". Walaupun lokasi, penonton, panel dan moderator kelihatan berat sebelah dan menyebelahi pihak di satu lagi, UFB berjaya menguasai program dengan baik.
Moderator dilihat berat sebelah kerana kerap melakukan provokasi dan menyampuk setiap kali UFB dan Dr Ridhuan Tee sedang berbahas. Tetapi moderator tersangat sopan dan menjadi pendiam bila Dr Fadzli dan Dr Maza sedang berbahas. Lepas ni mungkin beliau boleh berhenti dari Tv Hijrah dan beralih arah ke TV PAS, TV Selangor atau TV Kelantan sebagai karier beliau akan datang.
Jika dilihat sekali imbas, program ini mungkin diadakan semata-mata untuk UFB. UFB menjadi tumpuan penonton dan penonton pula seperti terpegun setiap kali UFB menjawab persoalan yang diajukan. Walaupun penonton kelihatan seperti tidak bertamadun, UFB berjaya mengawal emosi dan dapat meneruskan perbahasan walaupun disorak oleh penonton. Penonton mungkin keliru samada program ini adalah program ilmiah atau program perlawanan bola sepak.
Harapan untuk mereka yang bersorak, mungkin anda tidak perlu datang lagi jika program sebegini diadakan. Berilah tempat duduk kepada mereka yang lebih bertamadun.
Rakaman Wacana Perdana 11 (versi USTREAM)
Tajuk: PRU 13: Masa Depan Islam
Tarikh: 24/06/2012, Ahad 9:00 Malam
Lokasi: Balai Islam Kota Bharu
Moderator: Amin Idris
Panelis:
- Ustaz Fathul Bari Mat Jahya (UMNO)
- Dr Fadzli (PAS)
- Dr MAZA - Ahli Akademik Pro Pembangkang
- Dr Ridhuan Tee - Ahli Akademik Pro Kerajaan
Dr Fadzli menggunakan kesempatan untuk menghentam Umno, mungkin dia ini ada masalah dalaman, dia marah bila Umno menghulurkan tangan persahabatan., ini benar bila Pas yang hanya menang 6 kerusi di Perak dan Umno ajak Pas untuk bergabung membentuk sebuah kerajaan campuran, tetapi Husam Musa yang menolak campuran.
Baru-baru ini Pas sendiri yang bersuara untuk berbincang dan bekerjasama tetapi mereka sendiri yang menutup pintu kononnya tiada lagi perbincangan dan pintu perbincangan ditutup. Siapa bohong Dr Fadzli?
Pas nak berdakwah secara bebas tetapi disekat oleh kerajaan? Pas bukan nak berdakwah tetapi nak menggunakan wadah agama dalam politik agar rakyat hanya menerima Pas dan membenci Umno. Ini yang berlaku diserata masjid seluruh negara. Pas telah merampas hampir kesemua masjid seluruh negara dengan bantuan penghulu, orang pejabat agama di peringkat daerah dan peringkat negeri. Perkara ini tak akan didedahkan oleh Dr Fadzli.
Dr Maza pun jelas semakin pro pembangkang apabila menyentuh soal nombor plate kereta mahal dan menyentuh stadium runtuh di Terengganu.
Sifat sebenar munafik Pas jelas terserlah di dalam dewan yang dipenuhi oleh tentera ahzab yang totok dengan Pas.
Tahniah juga kepada Fathul Bari dan Dr Ridzuan Tee kerana berjaya menyampaikan hujah mereka walaupun kita tahu hati-hati orang Pas termasuk termasuk penalis Pas dan moderatur sendiri lebih menyokong Pas.