Khamis, 19 Julai 2012

FITNAH ManjungMari: Buat Kerja Keji Kerana Ingin Popular


Inilah bekas MB Boneka DAP yang melancarkan Media Perak media pemfitnah 



Media Perak, sebuah laman yang ditubuhkan hasil persepakaran pakatan Rakyat negeri Perak yang diketuai oleh pemimpin Cina DAP. Media Perak akan bergerak aktif dalam program-program yang mampu menggugatkan pemimpin cina DAP.

Baru-baru ini Media Perak, balacinya adalah orang Melayu yang mengganggur telah dikerah mengganggu majlis ramah mesra YB Dato Hamidah bersama penduduk Taman Desa Aman dan Taman Pegoh Aman.
Mereka seboleh-boleh mahu menjadikan isu bantahan yang dibuat oleh Lee Boon Chye adalah wajar dan munasabah. 

Dengan gangguan itu mereka menuduh YB Dato Hamidah menghalau penduduk walhal dalam video yang disiarkan oleh Sungai Rapat Online YB Dato Hamidah tidak pernah menghalau penduduk, cuma orang luar yang tidak berkenaan iaitu cina samseng dari Gopeng diminta meninggalkan majlis.
Begitu juga berlaku dalam majlis zikir munajat dan ceramah Ustaz Kazim di hadapan Sekolah Agama Rakyat Taman pegoh Aman, mereka bukan sahaja membuat provokasi malah memotong dan membuang 22 banner ceramah yang dipasang diseluruh kawasan berdekatan
Kini mereka buat fitnah lagi berlaku pada Ustaz Kazim Elias, dalam ceramahnya di program Wacana Intelek Perdana bertajuk Sokong Islam Anda Selamat, di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung pada 15hb Julai 2012.
Ustaz Kazim telah meramalkan beberapa blogger (termasuk “manjongmari”) akan membuat pelbagai pembohongan, tohmahan serta memutar-belitkan apa yang diucapkannya dalam program malam itu.

Ramalan Ustaz kazim mamng benar belaka, belum pun habis ceramah beberapa posting fitnah tentang program Ustaz Kazim sudah pun diupdate.
Pembohongan “manjongmari” untuk beliau putar belitkan amat ketara. Beliau mengguna gambar-gambar yang diambil ketika majlis belum bermula dan hadirin baru mula tiba. Gambar ceramah yang dipapar pada skrin besar adalah rakaman ceramah Ustaz Kazim di tempat dan masa yang lain.

Berikut adalah hujjah kami – melalui gambar-gambar di bawah:

1. Gambar dari blog manjongmari sengaja dirakam sebelum majlis bermula bagi menggambarkan tidak ramai orang yang hadir.


Ini gambar dari blog manjongmari:



Manjongmari cuba mengambarkan banyak kerusi yang kosongDi bawah ini gambar yang diambil ketika penceramah pertama, Ustaz Ismail Mina Ahmad berucap:
Gambar ini dari posisi yang hampir sama dengan manjongmari tetapi ini apabila majlis baru bermula dengan panelis pertama – Ustaz Ismail MinaKedua-dua keping gambar yang disiarkan dalam blog manjongmari adalah ketika sebelum bermulanya majlis. Manakala gambar yang diambil sekitar selepas 10 minit majlis bermula.



Ini dari depan sisi tepi:



Gambar diambil dari depan sebelah sisi kiri dewan – tidak nampak pula kerusi kosong yang disiarkan oleh manjongmari2. Paparan di skrin besar untuk di dalam dewan dan juga di bawah khemah luar dewan adalah gambar rakaman video ceramah Ustaz Kazim yang disiar sebelum bermula majlis.

Ini paparan skrin yang saya besarkan dari gambar di blog manjongmari:
Bandingkan gambar di atas dengan yang di bawah ini (yang diambil semasa Ustaz Kazim berucap pada malam itu).

Pada malam itu Ustaz Kazim memakai jubah putih berserban dan berucap pada posisi duduk di atas kerusi manakala gambar yang disiarkan manjongmari menunjukkan Ustaz dengan jaket hitam serta berdiri depan rostrum dan memakai kopiah putih sahaja tanpa serban.




3. Susun atur pentas yang berbeza dengan gambar manjongmari.

Lihat keadaan tempat Ustaz Kazim berceramah dalam gambar manjongmari – Ustaz Kazim berucap pada rostrum dan terdapat gambar hadirin/peserta di belakang beliau.

Bandingkan pula perbezaan susun atur “pentas” dalam Dewan Merdeka pada malam itu.
Maka jelas dan nyata manjongmari menjaja blognya dengan pembohongan dan dusta yang berterusan.


Apakah ini realitinya budaya memfitnah yang diajar oleh pemimpin Pas. Pemimpin yang mengatakan orang lain kafir sedangkan hampir setiap hari memfitnah.
Jika inilah Islam yang diamalkan oleh Pas, Insyaallah PRU13 semua kerusi Pas akan tumbang!!!!!!!!!
Baca selanjutnya disini