Ahad, 15 Julai 2012

Lagi Demo Pas di Batu 4 Kamunting


Kebanyakan yang hadir hari ini ialah orang-orang Pas sekitar Taiping, Larut dan lain-lain kawasan yang berhampiran. Kelab himpunan penyokong Pas yang terdiri dari kaum India, Cina dan Melayu dilihat turut serta untuk memeriahkan lagi demo yang dibuat pagi tadi di Kem Tahanan Kamunting. Antara pemimpin Pas yang hadir ialah Ketua Dewa Pemuda Pas Malaysia Tantawi 100 yang begitu megah dengan Toyota Fortuner Hitamnya. Pelakon, pelawat dan pencipta lirik yang ketandusan modal Bob Lokman , Nizar Jamaluddin, Adun Cina Capek dari Aulong yang tidak pernah mis dalam program anti kerajaan dan Syed Si pengerusi GMI dan Maffrell.

Paling menjengkelkan ialah apabila Ketua Penerangan Pemuda Pas Perak Akmal Kamaruddin memaki hamun polis yang membuat sekatan jalan raya beberapa kilometer dari kem tersebut. Mereka juga marah kerana Polis tidak membenarkan remaja Pas yang menunggang motosikal untuk turut dalam perhimpunan tersebut. Ia kerana kebanyakan penunggang didapati banyak melakukan kesalahan lalu lintas dan konvoi tersebut juga tidak mendapat kebenaran polis.

GMI kali ini telah mengajak kesemua keluarga 45 tahanan untuk melawat kononnya mereka dibenarkan masuk untuk melawat orang tahanan. Namun hanya beberapa buah kereta sahaja yang tiba  di depan pintu masuk Kemta dan mereka gagal untuk berjumpa orang tahanan.

Kebanyakan mereka ialah yang balik dari himpunan hijau di Putrajaya dan himpunan Oren di Masjid Wilayah Persekutuan.

Demo kali ini tidak disertai oleh Mahasewel dari puak-puak Syiah kemungkinan mereka tidak mendapat penajaan untuk datang ke sini.