Jumaat, 13 Julai 2012

Nik Aziz dah guna perkataan Melayu?

Kenapa tak tulis Peralihan Kepimpinan Politik Islam?
Nik Aziz cukup marah dengan Umno kerana menggunakan perkataan Melayu dan Kebangsaan, tidak seperti Pas yang kononnya menggunakan Islam tetapi nama sebenar ialah Pan-Malaysian Islamic Party dan yang jeliknya langsung tidak menggunakan huruf jawi. Umno ada juga menggunakan huruf jawi dalam logonya.

Kita faham ketika pendaftaran dibuat negara masih di bawah kuasa British, semua mesti menggunakan bahasa Inggeris.

Nik Aziz  kutuk Umno sebab memperjuangkan Melayu dan Kebangsaan, tidak memperjuangkan Islam seperti Pas (konon).
Boleh pula sebut bangsa.

Nik Aziz lupa bahawa dia sendiri memakai pakaian baju melayu apabila ke majlis-majlis rasmi, bercakap melayu bila berceramah dan bila ditemuramah.
Ini baju Kebangsaan Malaysia. Baju Melayu

Rumah Nik Aziz juga rekabentuknya rumah Melayu, pengikut dan pengundi yang mengangkat beliau menjadi MB juga adalah orang Melayu, malah Nik Aziz juga tinggal di kampung Melayu yang bernama Kampung Pulau Melaka .

Hari ini Nik Aziz mungkin sudah menyedari akan kesilapannya dan dengan demikian Nik Aziz membenarkan poster di atas menggunakan perkataan Melayu.