Kembang Serantau Sdn Bhd anak syarikat Zikay Group dan YBK pada awalnya nampak cukup serasi macam abang adik tetapi bak kata pepatah, gigi dan lidah lagi tergigit, ini kan pula kita manusia .
Krisis yang melanda dua kumpulan ini telah sampai ke peringkat letupan gunung berapi. Zikay dan anak syarikatnya telah dianugerahkan projek pembinaan kampus Uitm di Jasin Melaka yang bernilai RM279 juta.
Penyudah cerita YBK tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kontraktor tersebut dan telah pun membatalkan perjanjian mereka.
Akibat daripada itu, perang tahap gaban, batman dan ultraman telah pun berlaku. Cukuplah serba sedikit takat tu, nanti tulis banyak-banyak kena saman pulak.
Apa pun Rafizi Ramli dipelawa untuk menyiasat dan mendedahkannya kepada awam sebagaimana dia mendedahkan kisah NFC.
Agak-agak beranikah Rafizi membuat siasatan?