Telah lama media mendedahkan betapa keras dan kejamnya Majlis Olimpik China melatih tentera-tentera ciliknya untuk menawan dunia melalui sukan.
Jika di Malaysia, anak-anak sekecil ini mendapat belaian dan kasih sayang oleh ibubapa dan guru-guru di tadika tetapi anak-anak China ini disiksa hanya semata-mata untuk menjadi juara dunia dalam sukan olimpik.
Dahulu dalam pertandingan bola sepak piala dunia, pasukan Korea Utara telah gagal ke akhir , akibatnya mereka dihukum bekerja di dalam lombong arang batu bawah tanah.
Nampaknya apa yang dilakukan oleh China halal bagi Majlis Olimpik Dunia. Kalau ia salah sudah tentu satu tindakan telah lama diambil terhadap negara itu. Mungkin Suhakam boleh buat penyiasatan terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas kanak-kanak di China,
Ha! Suhakam tunggu apa lagi, jalankan tugas , jangan hanya pandai dok menyebuk dalam Malaysia sahaja...
SUMBER