Jumaat, 17 Ogos 2012

Hasutan supaya guru menentang kerajaan




Ini sudah tentu dari parti Pas yang mahukan penjawat awam menentang kerajaan dan menghalalkan pernyertaan guru supaya menyokong Pas.

Pas lupa bahawa Nik Aziz pernah mendesak agar kakitangan kerajaan negeri dan badan berkanun seperti Kesedar supaya menyokong dengan perkataan wajib menyokong kerajaan Pas yang diberi mandat oleh rakyat supaya Pas memerintah negeri Kelantan.

Kenapa dalam urusan guru jadi terbalik pulak. Agong ada kuasa tertinggi, Umno dan BN adalah yang memerintah setelah diberi kuasa oleh rakyat. Umno dan BN merancang dan mentadbir negera. Umno yang menetapkan berapa orang guru yang perlu diambil untuk bertugas di sekolah yang dibina oleh kerajaan. Umno yang mengurus dana tadbir sekolah dan IPT.

Lupakah anda bahawa kerajaan Kelantan gagal menyediakan prasarana pendidikan agama di Kelantan? Sekolah agama daif, guru-guru dibayar gaji yang rendah oleh Pas. 

Anak muda memberontak dan akhirnya Pas kalah kepada Umno dalam pilihanraya. Pas terus meracun dan menabur fitnah terhadap kerajaan Umno yang memerintah Kelantan. 

Ini lah yang dikatakan Pas adalah parti yang sesat, Pas hanya berbangga dengan sticker kereta. SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT. Apa yang selamat, nak buat hudud pun ditegah oleh Dap dan Pkr. Nak dirikan sekolah agama KAFA pun ditentang oleh Dap dan Pkr. 

Bacaan Al-Quran sebelum subuh didalam masjid pun dilarang, Nik Aziz menyokong larangan kerana bacaan yang kuat boleh mengganggu anak-anak kecil, orang tua yang sakit. tetapi kenapa ceramah Pas boleh kuatkan speaker sampai 1000watt? 

Tak kah itu namanya munafik?