Sekolah ini siapa yang buat? Pas akan kata ia duit rakyat, tetapi lihatlah sendiri SAR di negeri Pas, elok macam ni ka? |
Cek Mala pun dah jadi motivator |
Tidak hairanlah apabila anak muda lepasan sekolah menengah akan membenci kerajaan yang banyak berjasa kepada mereka. Bagi mereka kerajaan yang ada tidak mendatangkan kebaikan dan tidak membawa apa-apa kemajuan untuk di dunia dan akhirat.
"Kerajaan hari ini adalah kerajaan zalim yang menindas rakyat."
Inilah sebahagian yang menjadi modal guru-guru, ustaz-ustaz dan pakar-pakar motivasi yang makan gaji dengan kerajaan ataupun yang bergelar profesional yang membuka syarikat sendiri.
Mereka ini mempunyai hubungan istimewa dengan orang dalam sekolah-sekolah. Mereka berjaya membawa pelajar-pelajar keluar ke kem-kem motivasi milik mereka atau pun resort atau sekurang-kurangnya di sekolah itu sendiri jika bajetnya ciput.
Yang penting ialah ideologi membenci kerajaan mesti disemai ke dalam kepala anak-anak mereka. Ini bukan baru tetapi sudah lama berjalan, bukan di Johor sahaja tetapi seluruh negara sehingga Sabah dan Sarawak. 30 tahun lalu Pas tidak ada tempat di sana tetapi kini sudah boleh buka cawangan dan dianggotai oleh oleh anak-anak muda semuanya kerana ustaz-ustazah yang dihantar bertugas di sana.