Kena pukulan maut oleh Najib petang Jumaat 28 September 2012 |
Kepada penjawat awam yang dok kritik dan menghina Umno kononnya duit kerajaan adalah duit rakyat patut tutup mulut. Di sebab kan Umno lah hangpa dapat hidup mewah, beli rumah dua tiga buah, beli kereta Toyota Vios, Honda Civic dan sebagainya, kerana Umno juga lah hangpa dapat sambung belajar sampai dapat ijazah sarjana.
Kereta milik orang Pas yang kuat kutuk kerajaan. |
Harapkan Bang Non, kering lah gusi hangpa. dulu masa dia membentang bajet, fokus dia adalah hapuskan cukai import sukan berkuda, jet ski, turun cukai vcd dan video tape.
Semua penurunan cukai ialah benda-benda yang tak mendatang kan faedah kepada rakyat. sehinggakan ada kartunis melukis kartun membuat lukisan atau ilustrasi sebuah keluarga miskin di mana seorang anak memberi tahu ibunya yang sedang sakit dengan menyatakan "Emak! harga video player dah turun emak" ia menggambarkan keluarga miskin yang tinggal di pondok buruk yang bocor atap dan lekang dindingnya.
Kartunis tersebut ( tak ingat nama ) telah menyindir Bang Non kerana tidak memberi tumpuan kepada rakyat miskin seperti mana yang dilakukan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan bajet 2013 petang tadi.
Bang Non juga dalam bajetnya menjanjikan harga kereta yang lebih murah berbanding harga kereta hari ini, puak-puak cai Bang Non pula terus berbohong kepada rakyat bahawa harga kereta lebih murah di Indonesia dan Thailand tetapi pembohongan cai-cai blogger mereka ternyata satu pembohongan.
Bang Non sudah lupa bahawa dia lah orangnya yang menaikkan cukai kereta import kepada 300% dengan alasan mengurangkan pengaliran dan tukaran wang keluar negara, begitu juga cukai motosikal berkuasa besar telah dinaikkan kepada 150% kononnya ia adalah hobi orang yang berada. Oleh kerana itu kita mengenakan cukai yang tinggi untuk menambah pendapatan negara.
Kini Bang Non terbalikkan lidahnya dan menyalahkan kerajaan tentang harga kereta import yang tinggi. Hari ini rakyat Malaysia berpendapatan tinggi, ramai rakyat kita sudah tidak mahu lagi memandu kereta buatan tempatan terutama Proton dan Perodua. Ramai yang membeli kereta kereta CKD yang berharga lebih RM 100 ribu.
Syabas kepada kerajaan kerana berjaya meningkatkan pendapatan rakyat. Kini ramai yang mampu membeli kereta mewah CKD atau CBU walaupun dengan kadar cukai 300%.
Pun begitu ia bukanlah ancaman kepada kereta keluaran Perodua dan Proton, ini kerana kedua-dua syarikat tempatan perlu bersaing dan menawarkan pakej selepas jualan yang manarik. Hari ini Proton sudah pun masuk ke Thailand dan akan datang mungkin ke negara-negara Asean dan Eropah.
Berbalik kepada bajet. Bang Non betul-betul naik darah ...merah padam mukanya sampai ke telinga disebabkan oleh Bajet Rakyat oleh Najib.