Isnin, 17 September 2012

Penyerahan Komputer 1 Malaysia Taiping


Sebahagian pemimpin masyarakat yang menerima netbook
YB menyampaikan ucapan ringkas sempena penyampai netbook
Bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Taiping YB Dato Muhamad Zahir Dato Khalid menyampai kan kira-kira 200 buah komputer notebook 1 Malaysia kepada pemimpin masyarakat seperti ketua kampung dan JKKK termasuk juga sebahagian pelajar sekolah.

Zahir merupakan Exco Pelajaran, pengajian tinggi, ICT, sumber manusia, sains dan teknologi negeri Perak merangkap Adun Kamunting.

Zahir juga berharap penerima akan dapat menggunakan komputer dengan cara yang baik. Hari ini ramai pengguna ICT berjaya dalam kehidupan dan ada yang menjadi jutawan senyap kerana berjaya memanfaatkan ICT untuk berniaga secara online.

ICT juga memberikan kita maklumat yang pantas akan tetapi kita juga harus menapis berita-berita terutama dari pihak yang cuba merosakkan keharmonian kaum, cuba mencetuskan suasana tegang antara kaum dan lain-lain unsur negatif.

Pegawai SKMM Zon Utara Mohd Rashdi turut hadir untuk mewakili SKMM.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.