Jumaat, 5 Oktober 2012
Rapid Pengerang Modal Pembangkang Alih Perhatian Rakyat – TPM
“Kalau dulu tidak jelas soal ganti rugi tanah, ini dah dapat diselesaikan.Kalau ada yang tak dapat terima, mereka ada saluran ke mahkamah. Rakyat yang terlibat secara langsung, faham. Yang jadi masalah ialah orang luar yang datang putar macam-macam cerita dan kata projek ini tidak perlu,”
Muhyiddin menegaskan bahawa hujah yang dibawa
pembangkang tidak munasabah dan menjangkakan isu ini akan selesai juga di masa akan datang.
“Nanti dia cari lain pula. Projek Langat 2 dan lain-lain. Sudah ada senarai. Saya fikir dalam iPad (mereka) dah ada satu persatu. Sampailah pilihan raya, dia cari modal,”
Muhyiddin berkata hubungan parti-parti komponen pembangkang itu sendiri bercelaru dengan pelbagai isu yang tidak dijelaskan kepada masyarakat.