Osman Noh merupakan Imam no 2 di Masjid Jamek Kampung Expo tetapi jarang-jarang menjadi imam di kariah kerana beliau lebih banyak berceramah dan menjadi imam di masjid atau surau luar kawasan.
Sebab utama dia rajin keluar ada lah kerana pulus ( masyuk). Bagaimana pun elaun imam di masjid Kg Expo dia tetap terima, maknanya kerja hakiki diabaikan tetapi asyik mengejar kutipan dari ceramah-ceramah diluar kariah.
Isu lembu telah selesai sebelum subuh lagi di antara En Radhi, JKKK dan Umno Kamunting Jaya/ Umno Kg Expo dan dengan Penghulu Azam.
Semuanya kerana sikap bongkak dan sombong jawatan kuasa masjid yang dikuasai oleh Pas enggan pergi ke IPD Taiping untuk menerima sumbangan lembu yang diberikan oleh YB Dato Muhd Zahir Dato Abd Khalid untuk majlis korban.
Jawatan kuasa masjid dikatakan mengabaikan jemputan tersebut dan tidak ada seorang pun wakil jawatan kuasa masjid yang hadir di IPD untuk menerimanya.
Oleh itu Ketua Umno Kg Expo En Radhi telah menerima lembu tersebut. Sebab tiada akad oleh AJK masjid maka mereka tidak berhak mengaku dan menerima lembu yang dihantar oleh lori pada jam 12.00 malam tersebut.
Lembu tersebut telah diambil balik oleh En Radhi dan diletakkan di Khemah Gerak Gempur Taman Kamunting Jaya.
Pak Mat Kastam tak puas hati lalu membuat repot polis pada malam itu. Sebelum subuh kes ini telah selesai dan YB Zahir telah bermurah hati memberi seekor lagi lembu pada hari Jumaat.
Sepatutnya Ustaz Osman dan Pak Mat Kastam tak perlu lah menjaja cerita tersebut dan memburuk-burukkan kononnya Umno mencuri lembu dari masjid.
Tak bersyukur langsung dengan rezeki yang Allah bagi masjid lain dapat seekor tetapi masjid tersebut dapat dua ekor. Apa tidaknya setelah YB Zahir mengganti kan lembu yang baru , mereka pergi pula ambil lembu yang ditambat di Gerak Gempur.
Sekali lagi ditegaskan ialah lembu itu bukan duit Umno atau duit kerajaan tetapi duit milik YB Zahir sendiri.
Ish, Ish....munafik sungguh puak-puak Pas.
Tajuk di atas adalah betul dan tak ada silapnya. Pas tuduh Umno curi lembu Umno!
Tajuk di atas adalah betul dan tak ada silapnya. Pas tuduh Umno curi lembu Umno!