Kita sedia maklum bahawa Sami Buddha terkenal dengan sifat mereka yang tenang dan berdisiplin. Seorang Sami yang 'tinggi' darjatnya sering dikaitkan dengan kebolehan-kebolehan luar biasa yang menggunakan kekuatan minda. Sami yang benar-benar komited dengan kepercayaannya sentiasa menjaga tingkah laku dan tutur kata mereka. Mereka tidak bercakap sebarangan sepertimana orang biasa.
Oleh itu, kata-kata seorang Sami seperti Master Hsing Yun diterima sebagai amanat oleh pengikut-pengikut agama Buddha kerana mereka tahu bahawa beliau tidak akan bercakap sesuka hatinya tanpa memikirkannya dalam-dalam.
Dan hakikat inilah yang menarik untuk dikongsi bersama iaitu Master Hsing Yun telah menasihatkan rakyat Malaysia agar bersatu padu dan jangan berpecah kerana ia mampu melemahkan negara. Kata beliau, Malaysia adalah sebuah negara yang baik malah berhajat agar dilahirkan semula sebagai sami di Malaysia dalam kehidupan selepas ini.
Beliau juga menyatakan yang kerjasama antara kaum bakal menjadikan Malaysia negara yang hebat. Beliau mengingatkan golongan sami agar tidak masuk campur soal politik walaupun mereka disarankan untuk mengambil tahu mengenainya.
Master Hsing dijadualkan untuk diraikan dalam progam yang dinamakan "A joyful dharma evening "2012 Marvellous Malaysia--Venerable Master Hsing Yun" di Stadium Shah Alam di mana 2,000 sukarelawan dijangka mengambil bahagian dengan lebih 80,000 cenderamata akan diagihkan kepada orang ramai.
Program ini dengan sendirinya membuktikan kemakmuran Malaysia sepertimana yang digambarkan oleh Master Hsing. Ini bukan hanya kerana temanya yang memuji Malaysia, tetapi juga kerana hakikat penganjurannya di sebuah negara bermasyarakat majmuk serta kehadiran orang ramai dalam keadaan aman, tanpa diancam kebimbangan.
Semua ini hanya mampu terhasil dari sebuah kepimpinan yang bijak, adil dan cekap. Dan kepimpinan itu adalah kepimpinan Barisan Nasional.
Dengan bukti kredibiliti BN yang begitu jelas, adalah tidak wajar bagi masyarakat Buddha di Malaysia untuk terpedaya dengan hasutan pihak yang saban hari menyogok fitnah bahawa Malaysia adalah negara yang buruk dan teruk di mana pihak minority didiskriminasi.
Sedangkan, sepintas lalu sudah terbukti bahawa masyarakat Buddha yang menjadi minoriti, juga mampu hidup dalam keadaan yang jauh lebih selesa dan mewah dari kaum majoriti. Mereka tidak pernah dihalang untuk mengumpul kekayaan dan kemewahan di negara ini. Malah, budaya dan bahasa ibunda mereka juga mendapat tempat dan diberi ruang untuk berkembang. Kebebasan mengamalkan agama dan menganjurkan program berunsur agama tidak mungkin boleh diragui lagi walaupun agama rasmi negara ini adalah agama Islam.
Justeru, segala apa yang dikatakan diskriminasi, kezaliman dan penindasan terhadap mereka hanyalah ilusi dari kenyataan di atas kertas yang meletakkan hak istimewa kaum majoriti. Sedangkan realitinya, kaum minority tidak pernah tersekat atau tertindas.
Maka, sewajarnya masyarakat Buddha merenung sedalam-dalamnya amanat Master Hsing yang membawa mesej kebaikan, ketenangan dan keamanan dengan berpaksi kepada semangat perpaduan dan kerjasama di bawah payung BN yang sedia terbukti mampu memastikan hidup kita kekal makmur dan selesa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.