Khamis, 8 November 2012

Ruang Sidang Akhbar Di Parlimen Diisytihar Eksklusif Untuk Anggota Parli...

Published on Nov 8, 2012 by Umno Hq
KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengisytiharkan ruang sidang akhbar di bangunan Parlimen, adalah khas dan eksklusif untuk anggota Parlimen sahaja berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata orang luar yang masuk ke Parlimen dilarang menggunakan fasiliti itu untuk membuat apa sahaja kenyataan atau sidang akhbar walaupun ditemani oleh anggota Parlimen Bebas, Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang.

"Saya sudah lama fikirkan perkara ini. Sudah sampai masanya, perkara ini dilaksanakan demi faktor keselamatan dan kesucian institusi Parlimen," katanya pada sidang media khas di pejabatnya di bangunan Parlimen, di sini.

Lagi http://www.umno-online.my/?p=71398