Ahad, 2 Disember 2012
Beranikah Pas masukkan HUDUD ke dalam buku Jingga?
Pas dicabar memasukkan hukum hudud sebagai sebagai salah satu manifesto dalam Buku Jingga pakatan pembangkang sekiranya parti itu tidak takut kepada DAP dan ikhlas mahu melaksanakan hukum tersebut.
Wakil UMNO Kelantan, Mohd. Afandi Yusoff berkata, UMNO tidak menentang malah menyambut baik jika Pas benar-benar mahu melaksanakan h
udud kerana hukum itu diyakini dan ditaati oleh semua umat Islam di seluruh dunia.
"Kalau benar Pas jantan dan kalau benar Pas hendak buat hukum hudud, kita cabar mereka berjuang meletakkan hudud sebagai salah satu manifesto dalam Buku Jingga. Kalau yang itu pun tidak boleh buat, kita labelkan Pas ibarat barua.
"Saya hendak bagi pantun sedikit kepada Pas. Hisap rokok dalam kelambu, tubik (keluar) asap menjadi abu, Pas umpama jolok kayu, tetak tidak lut, gadai pun tidak laku, ayam tidak patuk dan itik pun tidak sudu," katanya semasa mencadangkan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.