Ahad, 30 Disember 2012

Hadi Awang boleh masuk TV

Tahniah kepada menteri yang membenarkan Hadi Awang masuk TV untuk menjawab isu " "Amat Hadi 1981".

Banyak baiknya jika pembangkang diberi peluang masuk TV.

Pertamanya ialah rakyat boleh lihat dan nilai sendiri tahap mana ideologi mereka. Setakat hari ini semua parti pembangkang tak diberi peluang ke udara melalui tv dan radio.

Selama ini hanya pihak BN saja yang diberi peluang untuk bercakap dalam tv atau radio dan ini memberikan peluang kepada pembangkang untuk mengkritik medium tersebut.

Lihat sahaja Azhar Idrus, ustaz popular dikalangan orang Pas dan Youtube kini berpeluang dan diberi ruang dalam Astro.

Jika dahulu hanya peminat fanatik dia saja yang mengikuti perkembangan beliau, kini seluruh rakyat Malaysia berpeluang mengikuti kuliahnya di kaca tv.

Cuma bila diberi peluang masuk TV, Azhar Idrus menjadi baik sikit, tidak lah celupar seperti kita tengok dalam Youtube.

Dok tunggu juga bila Azhar Idrus nak laserkan BN, nak laserkan Umno dan sebagainya. Pandai pula dia rasa takut bila berdepan dengan jutaan penonton.

Masih ingat Abuya Al-Arqam diberi peluang menjawab dalam RTM, naik berbuih mulutnya bila berdepan dengan Pusat Islam ketika itu.

Oleh yang demikian, Hadi Awang patut menjawab isu amanat beliau dihadapan mufti-mufti dan Jakim.

Jangan beri peluang dia bercakap sorang-sorang. Biar dia sendiri memberi jawapan kepada pihak berkuasa. Kalau berani silakan masuk gelanggang. Sah Hadi Awang akan sawan bila diberikan soalan-soalan maut oleh ahli penal.

Sebelum siaran dibuat secara langsung eloklah sediakan ambulans takut-takut terputus urat jantung beliau.

Selamat ber'televisyen' lah Hadi Awang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.