Selasa, 18 Disember 2012

Mahkamah putuskan esok sama ada perbicaraan Husam saman blogger diteruskan

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini menetapkan esok untuk memutuskan sama ada untuk meneruskan perbicaraan kes saman fitnah RM5 juta oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap penulis blog, Kickdefella berhubung penyiaran artikel didakwa berunsur fitnah.

Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu di dalam kamar selepas peguam mewakili Husam dan responden dalam kes berkenaan menyatakan hasrat mencari jalan penyelesaian di luar mahkamah.

Sememangnya Husam tidak sanggup untuk meneruskan kes di mahkamah kerana takut kalah seperti kes saman. Husam vs RBF.

Begitu juga kes Husam vs Papa Gomo dan Husam vs Parpukari tidak akan diteruskan, percayalah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.