Selasa, 5 Februari 2013

041/02/13- Isu kubur palsu Mat Indera di Taiping


Apakah Pak  Akob  berbohong kepada orang Pas tentang kubur Mat Indera 
Kubur Palsu Mat Indera
1953 


Wartawan Sinar Harian berkunjung ke kampung berkenaan untuk melihat sendiri kubur berusia lebih separuh abad itu.

Menurut penduduk, walaupun sudah lama tidak dikunjungi oleh sanak saudaranya, namun kubur berkenaan sentiasa bersih dan ditaburi bunga kemboja putih yang gugur dari pohon berhampiran.

Batu nisan jenis lama itu kelihatan agak usang dan hampir sukar untuk dibaca namun disahkan milik Mat Indera oleh penjaga kubur, Yaacob Din, 63, atau lebih dikenali sebagai Pak Akob.

Menurut Pak Akob, kubur Mat Indera tidak ditanda atau diletakkan kapok (pagar kecil) bagi mengelakkan perbuatan khurafat.

“Memang saya jaga baik kubur ni. Tapi saya sengaja tak letak sebarang tanda tertentu kerana bimbang ada yang salah gunakan untuk tujuan tidak elok,” katanya.

Menurutnya, keluarga Mat Indera sebelum ini sering menziarahi kubur berkenaan tetapi sejak tiga tahun kebelakangan tiada waris yang datang membersihkannya.

“Banyak cerita yang saya dengar tentang Mat Indera ni daripada orang tua-tua dulu, tapi saya sendiri tak berani nak beritahu sebab nanti orang cakap saya membohong,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan kisah-kisah yang pernah didengar, ketika meninggal dunia, jenazah Mat Indera berbau harum dan kulitnya begitu lembut.

“Mat Indera dipercayai mempunyai keupayaan keluar masuk dari penjara untuk membeli makanan. Bagaimanapun, kebenaran kisah yang diceritakan itu tidak dapat dipastikan kerana tiada orang lama yang boleh mengesahkannya. Mereka sudah meninggal dunia.

Pak Akob berkata, terdapat tujuh kubur anggota polis yang terkorban ketika menentang komunis di Grik, Perak ketika zaman darurat di tanah perkuburan berdekatan.


TM Note;

Minggu lalu TM berjanji nak dedahkan kubur yang sebenar Mat Indera tetapi ditangguhkan sehingga Khamis atau Jumaat ini.

Biarlah Pas dan Dap Taiping pening kepala dok cari mana kubur yang sebenarnya. beberapa hari lepas kereta pick up Dap Taiping dah masuk ke tanah perkuburan tersebut, apa tujuan pun tak tahu, mungkin mereka tahu lokasi sebenar kubur tersebut, apa pun kita tengok lah apa lagi reaksi Pas dan Dap mengenai isu kubur palsu Mat Indera ini.

Penjaga kubur Pak Akub pun tak berapa tahu kisah sebenar sebab semasa kematian Mat Indera beliau baru berusia 3 tahun.

Sejak kisah kubur Mat Indera didedahkan oleh Mat Sabu, ramai orang Pas telah datang mencari kubur tersebut dan mungkin lah kerana menyampah dengan Pas, Pas Akub pun tunjuk lah mana-mana kubur yang ada tulisan jawi bernama Ahmad dan jika dilihat batu nisan pun jelas ia tidak tulen dan seperti sudah diubah suai tulisan nya.