Rabu, 27 Februari 2013

Nik Aziz dah totally nyanyuk

Ambo kena minta maaf lah kat LGE.
Nik Aziz kutuk bantuan kerajaan sebab Kelantan tak pernah bagi apa pun kepada rakyat
 
Nik Aziz terkejut dengan kerajaan Dap yang bagi dedak.

Sekembalinya Nik Aziz dari umrah beliau telah mengkritik kerajaan Barisan Nasional yang kononya menabur dedak kepada rakyat. Nik Aziz pula memberi ilmu untuk mencari akhirat kepada rakyat.

Maka beliau pun mengutuk BN yang memberi pelbagai bantuan kepada rakyat. Nik Aziz lupa bahawa kerajaan Dap Pulau Pinang dan Selangor telah banyak memberi bantuan kepada rakyat.

Nik Aziz selama ini lupa bahawa dua negeri tersebut pun telah meniru kerajaan BN dengan memberi bantuan. Kerajaan Pulau Pinang satu ketika dahulu telah memberi bantuan RM100 dan menjemput penerima mengambil wang di tokong cina. Sebelum menerina wang penerima bantuan kenalah mendengar tazkirah politik akhirat oleh Al-Padill Ustaz Lim Guan Eng. Bagaimapun ramai penerima memulangkan kembali wang tersebut kerana menyedari wang tersebut datang dari duit judi lumba kuda.

Selangor juga memberi dedak kepada rakyat, kata Khalid Samad kerajaan Selangor memberi 20meter padu air secara percuma, 20 meter padu sama jumlah satu kontena yang membawa minyak petrol yang paling besar. ( kata Khalid di Taiping 2009 dahulu).

Nik sememangnya kita sedia maklum sepanjang 22 tahun menjadi MB sa habuk bantuan pun tak pernah diturunkan kepada rakyat. Bila mulut capoi dia mengutuk bantuan kerajaan, dia lupa bahawa dua negeri lain juga berbuat perkara yang sama, cuma jumlah saiz bantuan yang diberikan oleh kerajaan pakatan tidak sama nilai dengan apa yang diberikan oleh Umno .. Mereka pilih-pilih sahaja,sesiapa yang tidak mengundi pakatan tak akan merasa segala bentuk bantuan. 

Di Selangor juga segala bantuan yang diberikan hanya hiasan kulit sahaja. bukan semua dapat tetapi sembang bukan main deras.