Isnin, 25 Februari 2013

PAS tukar nama jadi ISLAM tolak demokrasi , tolak kebangsaan

Ini adalah ceramah Nik Aziz sekembalinya dari mengerjakan Umrah. Beliau memulakan ceramah politiknya dengan perkataan Hidayat.  Ada wang berjuta tetapi tidak mendapat hidayat maka tempatnya ialah neraka, berpangkat tinggi tetapi tanpa hidayat tempatnya neraka, mempunyai pengaruh terhadap umat tetapi tanpa hidayat, tempatnya juga neraka. Oleh itu bila kita bersembahyang kita sentiasa meminta hidayat.

Nik Aziz menyebut bahawa Baitullah ditentukan oleh Allah, ia merupakan pusat bumi yang mula terjadinya daratan. Baitulah tempat menyatupadukan umat bukan 1Malaysia seperti yang dibuat oleh Najib.

Nabi Muhamada adalah politikus yang paling bersih di atas muka bumi, kaum Quraisy pun tahu bahawa Nabi Muhammad sentisa bercakap benar dan tidak pernah menipu tetapi mereka tetap menentangnya.  Nik Aziz juga menyamakan bahawa orang Melayu hari ini juga menentang dan menolak Islam dan mengambil kebangsaan sama seperti kaum Quraisy.

Umno tolak Islam dan ambil kebangsaan, perangai ini sama selagi ada setan akan ada malaikat, ada malaikat ada setan, selagi ada Pas akan ada Umno. Umno macam setan setiasa menolak Islam Pas.

Mekah ada bermacam-macam bangsa dan tempat penyatuan umat Islam berbagai bangsa, jadi apabila ada orang menyatakan Islam ( PAS) tidak boleh menyatukan umat manusia ia adalah mengarut.  Islam (PAS) mampu menyatukan umat bukannya 1Malaysia.

Kalau kita ke masjid kita bersatu di bawah satu imam. kita tunaikan apa yang kita minta didalam sembahyang kita, mencari rahmat bukan neraka.

Pas dari dahulu lagi nak menyatukan umat Islam tetapi ditolak oleh Umno, kita nak buat serupa seperti masjid tetapi Umno tolak kita. Kita nak guna lambang bulan dan bintang tetapi Umno haramkan.

Islam (PAS) satukan dunia dan akhirat, bukan 1 Malaysia

Islam (PAS) satukan langit dengan bumi.

Orang tolak Islam ( UMNO) tolak Islam dan ambil kebangsaan akan berjumpa dengan kera besar di akhirat kelak. mereka tak jumpa jawapan diakhirat seperti mana yang kita jumpa.

Oleh itu kita yang hidup dimuka bumi kena berlatih bagaimana nak menjawab soalan nungkar nangkir diakhirat.

Mengundi bukan sekadar untuk membentuk kerajaan tetapi untuk alih kerajaan kebangsaan kepada kerajaan Islam. Dunia ini sudah lama ada kerajaan, sejak zaman dinasor, zaman batu, zaman pra sudah ada kerajaan. Zaman nabi pun ada kerajaan walaupun tak mengundi. Ingat kita mengundi bukan sekadar untuk bentuk kerajaan tetapi untuk ambil alih kerajaan sekular kepada kerajaan Islam.

Aqidah kita kena cara Islam, ibadah kita kena cara Islam, muamalat kita kena buat cara Islam, kewangan kita kena buat cara Islam.

Oleh itu kita kena guna akal, cakap kena lembut, kena guna ayat Psikologi. cakap jangan kasar, jika bercakap kasar nanti orang lari.

Nik Aziz menegaskan bahawa akhir zaman ini tidak ada parti yang selamat di dunia dan akhirat selain daripada parti yang berasaskan Islam iaitu PAS. Kalau Umno nak bersatu dengan Islam , Umno kena buang kebangsaan dan ambil Islam. Bukan dengan menawarkan tiga atau empat jawatan menteri.

Pas memberi ilmu kepada pengikutnya, ilmu dunia dan ilmu akhirat, oleh itu Islam ( Pas) tidak boleh bagi duit sepuluh atau dua puluh rial kepada orang, seperti memberi dedak kepada ayam itik.tak boleh bagi rumput kepada lembu kerbau. Pas bagi ilmu. Pas ialah parti yang sentiasa bercakap benar.  Bagi wang supuluh, dua puluh ringgit bukan cara Islam. Kita seperti nabi yang miskin, beliau bagi ilmu dunia akhirat bukan wang ringgit.

Oleh itu ada dua perkara yang pengikut Islam kena ikuti, pertamanya ialah taat kepada Islam ( PAS) , kedua ialah tolak kebangsaan, tolak demokrasi, tolak segala-galanya.

Umat kena taat kepada Islam (PAS). Ada tangan kena pangkah Islam, ada kaki kena berjalan ke jalan Islam ( PAS) ,  ada telinga kena dengar cakap Islam (PAS). Ada fikiran kena berfikir cara Islam (PAS).

Itulah sebahagian inti parti ucapan Nik Aziz...baca dan fikir sendiri lah betapa fasik dan munafiknya beliau memutarkan belitkan kebenaran dan ayat quran.

Patutlah Nik Aziz menyokong demo bershit 3.0 dan mahukan kerajaan tumbang seperti mana yang berlaku di Mesir dan beberapa negara lain, rupa-rupanya Nik Aziz menolak demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.

Perkara lain ialah Nik Aziz ingin membentuk sebuah kerajaan Islam yang tidak sekular , persoalannya mahukah DAP dan PKR menyokong cita-cita Nik Aziz untuk mewujudkan kerajaan Islam sedangkan isu kalimah Allah pun Pas gagal mempertahankan.

Bagaimana nak melaksanakan hudud sedangkan tidak terdapat dalam buku jingga dan ditolak mentah-mentah oleh Dap dan Pkr.

Jika dahulu Nik Aziz mengkafirkan Umno kerana berkawan dengan MCA dan MIC , hari ini Pas sendiri berkawan dengan kafir harbi DAP dan parti sekular LGBT milik Anwar Sdn Bhd.  Bagaimana Pas nak menubuhkan negara Islam jika tidak mendapat majoriti 2/3 dalam parlimen.  Jika Pas, Pkr dan Dap menang dalam PRU 13, Pas tidak akan mendapat sokongan padu daripada sekutunya.

Hari ini Pas bersekutu dengan DAP dan PKR, Nik Aziz faham kah maksud dan isu perjuangan mereka, Islamkah mereka?

DAP bermaksud democratic action party, dan PKR bermaksud Parti Keadilan Rakyat...Apakah asas perjuangan kedua-dua parti ini yang disokong sangat oleh Islam Pas?


Oleh itu Pas boleh lah dikatakan Parti syok sendiri.