Pickup Nizar berhenti dengan satu misi.. |
Idris Ahmad menyampaikan ceramah politik tanpa permit dan ditujukan khas kepada orang Umno yang berada dalam kedai makan Pak Pin |
Apakah tujuan Idris berceramah politik di situ? |
pembesar suara yang rosak sepenuhnya |
Ini lah suasana sebelum dan sesudah kejadian yang malang buat Ustaz Idris Ahmad, kira bernasib kerana tidak dibelasah seperti mana yang sering dilakukan oleh Unit Amal Pas.
Jika kita baca slogan pada pick up tersebut bertulis perkataan Amanah, Telus, Wibawa dan Kebajikan ternyata tidak dihormati oleh Idris.
Idris sepatutnya menghormati dan tidak cuba untuk menyakitkan hati orang dengan sengaja. Tindakan degil beliau telah menunjukkan sikap Pas yang keras kepala, suka bergaduh dan suka mencari pasal.
Ingatlah, BN tak pernah buat kerja sedemikian rupa. Ini belum lagi bercakap soal merosakkan harta benda lain seperti bendera, banner dan sebagainya yang dipasang oleh BN dan juga Umno.
Pas harus bersikap berhemah dan menunjukkan contoh baik apa lagi bila mereka bergelar Islam. Islam melarang kita menyakiti orang lain. Idris seorang ustaz tetapi ceramah dan penulis beliau tidak langsung melambang kan beliau seorang yang bergelar ustaz yang alim.