Azli dan Nizar |
Azli Taliban orang yang lantang mulut dan pernah menuduh Mufti Perak makan gaji duit babi, duit pelacur, duit judi akan bertanding sebagai Adun Trong. Ketika ini Adun Trong dikuasai oleh Umno iaitu YB Datuk Rosli Husin.
Pas Bukit Gantang telah memberi amaran jika Azli Taliban supaya tidak meniru perangai Nizar Jamaluddin, jika berperangai seperti Nizar, Pas Bukit Gantang tidak akan teragak-agak untuk tidak menyokong beliau dalam Pru 13 nanti.
Azli pun berikrar dan berjanji tidak akan menjadi seperti Nizar yang hanya turun padang untuk berceramah sahaja dan hanya turun jika dijemput ke majlis kenduri sahaja.
Azli juga tidak akan mengikut jejak laku Nizar yang hanya pandai tayang kereta pickup Tata yang siap dengan pembesar suara.
Pengajaran daripada dialog Pas Trong dengan Azli sebenarnya telah membuka pekung sengkela yang melekat di tubuh badan Nizar.
Rupa-rupanya selama 4 tahun orang Pas Bukit Gantang makan hati berulam jantung dan menahan sabar dengan perangai Nizar yang hanya tahu tayang kereta, van dan pickup sahaja.
Bijak juga Pas Bukit Gantang, selama 4 tahun menyembunyikan kebencian mereka terhadap Nizar.