Rabu, 13 Mac 2013

Kedua-dua jenazah selamat disemadikan mengikut adat tentera

Bacaan Doa oleh Pegawai Tentera, bukan Nik Aziz


Petang tadi Taipingmali menerima maklumat mengenai sambutan dua jenazah ATM di lapangan terbang Kota Bharu.

Pagi tadi dalam entri, taipingmali bertanya di mana Nik Aziz, kerana yang ada di lapangan hanyalah Tok Pa sahaja.

Tok Pa hadir kira-kira jam 9.00 pagi dan Nik Aziz pula tiba lebih awal sekitar jam 8 lebih.

Punca Nik Aziz tidak kelihatan ialah kerana beliau menyepikan dirinya dalam kereta mercedes DAV 1.

Nik Aziz hanya keluar apabila kapal terbang mula mendarat.

Segala urusan dibuat oleh pihak tentera, termasuklah bacaan doa dan sebagainya sehinggalah kepada pengkebumiannya.
Rumah Arwah bebas dari bendera PAS.
Malam tadi semasa Tok Pas ke rumah arwah pun tidak ada bendera Pas, cuma  pagi ini saja  Pas cuba gantung bendera di rumah jiran.
Oleh itu jika ada pihak yang menyatakan Nik Aziz membaca doa dan sebagainya ia adalah cerita palsu dan rekaan semata-mata oleh pihak yang mencari keuntungan politik