Sabtu, 2 Mac 2013

PAS dan Dajal Sama Sahaja

Peranannya menyerupai dajal

Semasa kita kecil, ibu bapa, datuk nenek dan guru-guru agama kita sering bercerita tentang dajal dan peranan dajal.

Dajal sememangnya sudah wujud cuma menunggu masa untuk keluar dan menjalankan tugasnya di muka bumi.

Tugas dajal ialah untuk menarik umat manusia agar mengikutnya. Dajal membawa syurga dan neraka.  Syurga Dajal sebenarnya neraka dan Neraka sebenarnya Syurga.

Hidup dajal pun tak lama, ia hidup selama 40 hari selepas dilepaskan oleh Allah dari kurungannya. Dajal boleh bergerak sepantas air hujan dan awan yang dipukul angin kencang. 

Hari ini kita dikejutkan dengan sebuah lori treler yang hasilkan oleh Pas Kawarij, kepantasan lori tersebut menjelajah seluruh pulusuk negeri juga mengejutkan kita, pagi di Kuala Lumpur, Tengah hari di Ipoh dan malam di Pulau Pinang. Kini berada di Putrajaya. Memang pantas umpama awan dan air hujan yang ditiup oleh angin kencang.

Lori tersebut sememangnya gemuk, besar dan tinggi, ia menyerupai sifat dajal. Kehadirannya juga membawa harapan baru kepada umat, ia menawarkan syurga dan neraka. Bapa dajal selalu menyanyikan lagu " Madu dan Racun".

Oleh itu Taipingmali dan The Krew menyifatkan bahawa lori kontena treler milik Pas sebiji bersifat sebagai seekor dajal apa lagi dengan perkataan yang tertulis di badan lori PAS FOR ALL  dan Pas menjanjikan NEGARA BERKEBAJIKAN.

Semua janji-janji manis Pas sama lah juga janji dajal kepada umat dunia akhir zaman.  Ingat lah umur lori itu hanya 40 hari sahaja selepas itu lori dajal ini akan hilang begitu sahaja.

Umur lori kontena ini adalah seperti berikut;
  1. Hari yg pertama seperti setahun
  2. Hari berikutnya seperti sebulan 
  3. Hari ketiga seperti seminggu. 
  4. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.
Tak percaya? Tunggu dan lihat.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan