#Transformasi : Laporan Tahunan Untuk GTP & ETP 2012 Diumumkan Hari Ini Oleh Perdana Menteri DS Najib Razak
- Kesemua NKRA menunjukkan pencapaian yang baik dan menepati sasaran yang ditetapkan. 
 
- Pendapatan negara (GNI) meningkat 49% sepanjang 3 tahun lepas. 
 
- 438,000 peluang pekerjaan telah dicipta dari 2011-2012 
 
- Pertumbuhan sepanjang 3 tahun lepas mengjangkaui purata global. 7.2% 2011 dan 5.2% 2012 ketika dunia alami kegawatan! 
 
- Pelaburan swasta meningkat tiga kali ganda sejak pelancaran #ETP iaitu RM139.5 bilion pada 2012. 
 
- Kadar kemiskinan Negara menurun dari 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012 
 
- Kadar Inflasi Negara kekal rendah pada kadar 1.3 peratus setakat Januari 2013 
 
- Pekali Gini menurun kepada 0.431 pada tahun 2012 
 
- Indeks KLCI capai rekod tertinggi pada 4 Januari 2013: 1,692.65 points. 
 
- Lebih 6 juta rakyat Malaysia atau sejumlah lebih RM2.34 juta peruntukan mendapat manfaat BR1M 
 
- Lebih 5.24 juta pelajar murid-murid sekolah atau lebih RM524 juta peruntukan menerima faedah bantuan persekolahan RM100 
 
- Lebih 390,000 pelajar institut pengajian tinggi yang mendapat faedah ini dan sejumlah lebih RM97.5 juta peruntukan Baucer Buku 1Malaysia 
 
- RM37.8 bilion telah diperuntukkan bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian di mana sebanyak RM22.3 bilion adalah untuk Subsidi, RM873.5 juta untuk Insentif manakala RM14.6 bilion untuk Bantuan. 
 
- Seramai 106,967 orang berjaya didaftarkan dan dilibatkan di bawah program-program 1Azam 
 
- Sebanyak 89% atau lebih 100,000 mereka yang mendaftar dalam E-Kasih telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun 
 
- Lebih 100,000 unit kediaman mampu milik di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DBKL dan SPNB telah ditawarkan 
 
- Kesemua inisiatif di bawah NKRA mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar telah menambah baik kesejahteraan hidup hampir 4 juta rakyat Malaysia 
 
- Enrolmen prasekolah telah berjaya ditingkatkan kepada hampir 770,000 pada 2012 atau 80% kohort umur berkenaan 
 
- Mengeluarkan 164 atau lebih 40% sekolah-sekolah dari kumpulan bresprestasi rendah atau Jaluran 6 dan 7 kepada jaluran yang lebih baik iaitu Jaluran 1 hingga 5 
 
- Kadar jenayah menurun sebanyak 27% sepanjang 3 tahun lepas. 
 
- Seramai 1,172 pesalah rasuah disiarkan dalam laman web MACC 
 
- Sebanyak 6,688 kontrak kerajaan disiarkan dalam pengakalan data atas talian 
 
- Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International menunjukkan peningkatan: naik enam anak tangga kepada kedudukan ke-54 pada tahun 2012 
 
- Ikrar Integriti Pilihanraya yang ditandatangani oleh YAB PM sendiri 
 
- Penubuhan 14 Mahkamah Sesyen Khas dalam tempoh 3 tahun lalu: lebih 400 kes rasuah telah dibicarakan dan daripada itu hampir 260 kes telah berjaya diselesaikan pada akhir tahun 2012 
 
- Sejak pelancaran ETP, pelaburan swasta mencatat peningkatan sebanyak 22% pada tahun 2012 
 
- Nisbah pelaburan swasta meningkat kepada 58% pada tahun 2012 berbanding 52% pada tahun 2009 
 
- Pada tahun 2012, pelaburan swasta telah mengatasi sasaran dengan mencapai RM139.5 bilion, dipacu oleh perbelanjaan modal tinggi dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan perlombongan 
 
- Pelaburan swasta sepanjang 10 tahun telah menunjukkan peningkatan 
 
- Pada 2011 dan 2012, jumlah pelancong yang melawat Malaysia ialah hampir 50 juta orang dengan jumlah PNK bernilai hampir RM100 bilion 
 
- Setakat 31 Disember 2012, MRT telah menawarkan 48 pakej kontrak berjumlah RM19.8 bilion dan 45% atau RM8.9 bilion dan daripada jumlah keseluruhan telah diberi kepada kontraktor Bumiputera 
 
- Pada 2011 dan 2012 seramai 1,087 pemilik kedai runcit telah mendapat manfaat drpd menyertai program TUKAR dan purata jualan meningkat sebanyak 30% 
 
- PNK Per Kapita pada tahun 2009 ialah USD6,700 dan telah meningkat sebanyak 49 peratus kepada USD9,970 pada tahun 2012 
 
- Sehingga 31 Disember 2012, 149 projek telah diumumkan di bawah ETP dengan jumlah terkumpul sebanyak RM211.34 bilion. 
 
- Sumbangan PNK pada tahun 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan 408,443 pekerjaan dijangka diwujudkan