Ahli Dap Melayu Batu Kurau |
Kedai telefon Dekwang |
Calon Pkr baru 3 ahli Pkr sebelum ini sudah serik untuk bertanding |
Pagi tadi Taipingmali dan the krew sempat meronda pekan Selasa di Batu Kurau. Terlihat lah kelibat calon PKR yang bertanding menentang calon BN Dr Hj Muhammad Amin Zakaria (52).
Calon Pkr Fadzil Hj Alias adalah anak kepada arwah Hj Alias pesara tentera dan bekas pengerusi JKKK atau ringkasnya Ketua Kampung Anak Kurau yang meninggal dunia keseorangan di rumah dan diketahui selepas beberapa hari.
Fadzil (44) adalah bekas pelajar Tingkatan 6 SMK Dr Burhanuddin Taiping sesi 87-88 seangkatan dengan calon BN Semanggol Sdr Zulkarnain Ismail
Sedih kerana tidak ada pembantu dan pengiring yang berkempen tadi, berseorangan berkempen sambil minum kopi di sebuah gerai.
Di mana rakan-rakan dan ahli PKR Batu Kurau? Mana Cikgu Adli? Mana Dek Awang?
Selepas keluar dari tapak pekan sehari TM bertemu dengan Dek Awang, orang kuat pembangkang yang membuka kedai peniagaan telefon.
Bagaimana pun beliau enggan memberi sebarang komen tentang pilihan raya ke 13. Katanya dia tak mahu TM memutar belit akan fakta dan bagi beliau TM adalah blogger penfitnah nombor 1 di Perak.
Adik Awang atau Dekwang dahulunya orang kuat semangat 46, kemudian bertukar kem menjadi PKR, kini beliau satu-satunya orang Malayu Batu Kurau yang berjawatan dalam parti DAP. Ini fakta menurut rakan-rakannya dan bukan fitnah.
Dikedainya terpampang banner calon PKR yang berbunyi 'Rehatkan Umno Buat Sementara'.
Menurut sumber dari Anak Kurau Fadzil calon Pkr adalah kakitangan jabatan mufti Pulau Pinang Bahagian kutipan zakat dan menetap di Bukit Mertajam.
Hairan juga kerana ayahnya boleh meninggal dan disedari selepas beberapa hari.
Agaknya inilah yang disebut oleh Dato Dr Fadillah Kamsah, anak-anak hendaklah sentiasa menghubungi ibu bapa takut-takut kita jadi anak derhaka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.