"Tindakan mengeluarkan fatwa 'mengundi Umno dan BN, selangkah ke neraka' boleh merosakkan akidah umat islam termasuk para penyokong dan pengikutnya sendiri."
Tiada siapa yang boleh menentukan seseorang manusia masuk ke neraka atau syurga melainkan Allah dan berharap Mohd Zawawi segera bertaubat dengan kata-kata beliau
Ia membayangkan bahawa undi Pas masuk syurga dan undi Umno masuk neraka. Bagaimana pula orang Pas yang undi kafir harbi dalam Dap, Pkr dan Pas sendiri yang meletakkan calon bukan Islam?
Satu lagi yang menarik tentang Pas ialah sikap pemimpin yang bersifat kuku besi. Kasihan Ustaz Ramli Tusin baru sepenggal jadi YB namanya di cantas oleh pihak atasan. Apa masalah dengan Ustaz Ramli Tusin, apa dosa dia, apa salah dia ?
Idham Lim pun pada mula digugurkan tetapi dicadangkan bertanding di Hulu Perak tetapi akhirnya dicampakkan dikawasan kuat BN iaitu Kuala Kangsar. Ini lah perangai Pas sama seperti Dap.