Rabu, 24 April 2013

Nizar Jamaluddin hari ini buat kepoh di Bukit Gantang




Dato Seri Nizar Jamaluddin hari buat hal lagi. Sungguh memalukan dirinya dan juga parti Pas.

Kisahnya ialah apabila beliau  mendapat tahu bahawa Dato Dr Hasan Ali Presiden Pertubuhan JATI akan mengadakan ceramah beliau di Sekolah Agama Mahmodiah, Kg Cheh Changkat Jering pada malam ini.

Segala urusan membawa Dr Hasan ke sana telah diuruskan dengan baik oleh pihak sekolah dan dijadualkan pada malam ini majlis dapat diadakan dengan ketentuan Allah.

Sebaik saja mendapat tahu berita kehadiran Dr Hasan , Nizar telah menyerang pengetua sekolah dan cuba menghalang majlis ceramah malam ini.

Nizar memarahi pengetua dengan bahasa yang keras dan tidak sesuai bagi seorang yang bergelar wakil rakyat.

Kata Nizar " Ini sekolah agama rakyat bukan sekolah kerajaan, mengapa dibiarkan Dr Hasan Ali datang buat ceramah, saya nak majlis ini dibatalkan".

Kata Pengetua," Ini sekolah persendirian, saya berhak membenarkan Dr Hasan hadir untuk membuat ceramah agama"

Kata Nizar lagi " Kalau begitu saya pun boleh buat ceramah di sekolah ini"

Pengetua " Saya tak akan benarkan "

Mendengar kata-kata pengetua tersebut, Nizar telah merepek meraban dan pergi buat repot polis di Balai Polis Changkat Jering pada jam 5.11 petang tadi. Nombor repot ialah 534/13.

Kasihan betul dengan Nizar Meroyan, beberapa malam lepas beliau jadi lembu kerana masuk dalam bilik gerakan Barisan Nasional pada lewat malam dan bergambar berlatar belakang akan bendera BN.